“Pilu’- Bandage Gantikan Kasut, Budak Ini Raih Gelaran Juara Acara Larian!

Di saat ramai yang memberikan pelbagai alasan yang menjadi penghalang untuk berjaya, tapi tidak bagi seorang kanak-kanak ini. Biarpun hanya bandage gantikan kasut atau dalam erti kata lain dia sebenarnya tidak berkasut langsung, kanak-kanak ini telah menjuarai acara larian.

Luar biasa sungguh kanak-kanak bernama Rhea Bullos yang berasal dari Filipina ini. Dia yang berusia 11 tahun dan kini sedang belajar di Salvacion Elementary School di Balasan, Iloilo, Rhea, membuktikan kekurangan bukannya halangan untuk bergelar juara.

Foto Rhea Ballos yang kakinya berbalut dengan bandage itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Predirick B. Valenzuela dan telah meraih perhatian ramai.

78849336_2638968526196147_368378803812040704_o-tile

Lebih menarik, bandage berwarna coklat yang membaluti kakinya itu turut dilukis dengan logo Nike dan turut tertulis nama jenama itu.

Menerusi perkongsian pemilik Facebook itu, Rhea Bullos memenangi 3 emas pada hari itu dalam acara larian antara sekolah dalam kategori 400 meter, 800 meter dan 1500 meter.

Di ruangan komen ada yang bersimpati dan sebak kerana lukisan logo jenama itu cukup sinonim dalam kalangan atlet sukan.

78497421_2638968259529507_5402653148483420160_o-tile

Ada juga netizen yang mengagumi kehebatan Rhea yang mampu mengalahkan peserta lain biarpun tidak berkasut dan hanya membalut kakinya menggunakan bandage.

Malah ada juga yang mengharapkan supaya bakat kanak-kanak ini dapat perhatian dari Nike dan seterusnya memberikannya sepasang kasut secara percuma.

Sumber: Predirick B. Valenzuala

Be the first to comment on "“Pilu’- Bandage Gantikan Kasut, Budak Ini Raih Gelaran Juara Acara Larian!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*