9 Tips Menghadapi Musim Banjir Perlu Anda Tahu!

Setiap bulan di pengakhiran tahun mesti kita dikejvtkan dengan benc4na banjir yang melanda kebanyakan negeri. Kita tidak mampu untuk mengelak hujan tapi kita mampu untuk melakukan persediaan di musim hujan. Ketika musim banjir, banyak aspek yang perlu dititik beratkan terutamanya aspek keselamatan. Berikut merupakan antara tips yang boleh diguna pakai ketika banjir mel4nda.

  • Selamatkan dokumen penting seperti surat beranak, passport, geran tanah, polisi insuran, atau lain-lain dokumen berharga di peti simpanan selamat dan kalis air.
  • Pastikan semua suis elektrik dan suis utama dim4tikan untuk mengelakkan kejadian renj4tan elektrik.
  • Segera berpindah (ke pusat pemindahan/rumah saudara lain/tempat tinggi) seperti yang diarahkan pihak berkuasa.
  • Pastikan rumah berkunci dan barang disimpan di tempat tinggi dan selamat sebelum melakukan pemindahan.
  •  Kenal pasti individu yang mempunyai keperluan khas seperti berpeny4kit kr0nik, kurang upaya, uzur, mengandung dan sebagainya untuk bantuan pemindahan.
  • Sentiasa berwaspada ketika memandu pada musim tengkujuh/banjir dan gunakan laluan selamat yang telah dikenal pasti.
  • Jangan memandu mengharungi air banjir kerana dikhuatiri kenderaan akan dih4nyutkan air deras.
  • Jika terperangkap dalam banjir, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan dengan melaporkan keadaan dan kedudukan anda.
  •  Awasi kanak-kanak dan jangan biarkan mereka bermain di kawasan banjir atau di tepi sungai/parit/longkang/saluran air yang deras.

 

Sumber: impiana

Be the first to comment on "9 Tips Menghadapi Musim Banjir Perlu Anda Tahu!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*