Produk Tenusu Punca Jerawat ‘Hinggap’ Di Muka, Betul Ke?

Ketahui Bagaimana Produk Tenusu Beri Kesan Ke Atas kulit

Lembu menghasilkan susu untuk memberi makan kepada anak lembu dan sekaligus membantu pertumbuhan kepada anak lembu tersebut. Menariknya protein yang terkandung di dalam susu lembu tersebut merangsang pertumbuhan serta hormon di dalam anak lembu.

Kini poduk susu tersebut di minum oleh manusia, rasanya tidak mustahil sang jerawat asyik muncul di kulit wajah saja kan?

Apabila manusia cuba menghadam protein yang terdapat dalam susu, ia akan melepaskan hormon yang serupa dengan insulin yang dikenali sebagai IGF-1. Hormon ini adalah pencetus atau punca berlakunya masalah jerawat.

Kadang kala hormon yang terdapat dalam susu akan berinteraksi bersama hormon diri kita, lalu membuatkan tubuh keliru dan memberi isyarat masalah kulit.

Tahu tak selepas diri kita melepasi fasa bayi, tubuh kita akan menjadi lebih sukar untuk menghadam laktosa yang merupakan gula semula jadi yang terdapat dalam susu. Oleh itu, tidak hairanlah jika kulit wajah di tumbuhi jerawat kerana sensitiviti laktosa atau reaksi alahan.

Tips Atasi Masalah Jerawat Di Wajah

Jika kamu mengalami masalah jerawat, ada beberapa langkah atau tips yang boleh dilakukan bagi melegakan jerawat di wajah. Antaranya adalah:

  • Cari Rawatan Wajah – Cari rawatan yang mengandungi salicylic acid atau alpha hydroxy acid. Bahan-bahan ini dapat membuka liang pori.
  • Elak Guna Produk Berasaskan Minyak – Elak menggunakan produk pencuci dan kecantikan wajah sementara menunggu masalah jerawat reda. Sebaik-baiknya gunalah produk berasaskan air atau bebas minyak bagi kulit berjerawat. Cuba kekalkan wajah agar sentiasa bersih dan keringkan wajah supaya liang pori dapat bernafas.
  • Cuba Rawatan Minyak Pati Topikal – Antara minyak pati topikal yang sesuai merawat masalah jerawat adalah minyak kelapa, kerana ia bertindak sebagai anti-keradangan dan antimikrobial. Untuk penangan yang lebih kuat, tambahkan juga beberapa titik tea tree, oren, basil, kulit kayu manis atau minyak ros bagi melawan jerawat.
  • Jangan Picit Jerawat – Nasihat ini sudah acap kali di ulang-ulang, janganlah sesekali memicit jerawat kerana ia akan menyebabkan lebih banyak bakteria masuk ke dalam kulit yang telah pecah tersebut. Serta ia juga akan menjadikan masalah jerawat berlarutan. Oleh itu, kita perlu menanti dengan sabar untuk kulit sembuh.

Ketahui Penyebab Lain Jerawat Tumbuh

Untuk mengetahui jika diri mengalami masalah jerawat apabila makan produk tenusu, jadi keluarkan produk tenusu dari senarai diet pemakanan harian. Dengan mengeluarkan menu tenusu dari senarai pemakanan, kamu dapat melihat sendiri bagaimana kesan atau tindak balas kulit apabila makan produk tenusu dan sebaliknya.

Jika kamu dapati produk tenusu tidak menyebabkan kulit berjerawat, mungkin kulit kamu mempunyai alahan terdapat bahan yang terkandung dalam produk makeup atau rambut yang menyebabkan kulit berjerawat.

Kamu juga harus peka terhadap tahap sensitiviti bahan seperti serbuk koko dan biji kopi kerana ia juga boleh menyebabkan kulit mengalami alahan.

Selain itu, tahap kandungan hormon semasa dan selepas bersalin serta sebelum dan selepas kitaran haid juga boleh mencetuskan masalah jerawat. Bukan itu saja, tekanan juga menyumbang pembentukan jerawat pada kulit.

Tahu tak yang sebenarnya masalah kulit berjerawat ini juga boleh di warisi apabila menghadapi komponen genetik yang terdapat dalam kalangan ahli keluarga.

Cegah Jerawat Menerusi Diet Pemakanan Sihat

Meskipun banyak kajian yang menyatakan produk tenusu menyebabkan jerawat pada kulit, tetapi bukan semua orang mengalami masalah yang sama kerana masing-masing memiliki kulit yang berbeza.

Jika kamu memiliki masalah kulit berjerawat yang sangat teruk, di sarankan untuk berjumpa dengan doktor atau ahli dermatologi bagi mencari rawatan yang sesuai dan kamu juga boleh berbincang dengan doktor mengenai pengambilan produk tenusu dan jerawat dalam menu diet harian.

Selain itu, masalah jerawat juga boleh dikaitkan dengan masalah kesihatan diri, oleh itu buat pemeriksaan di horpital bagi mengetahui tahap kesihatan diri.

Untuk mencegah masalah kulit berjerawat, di galakan untuk menjaga diet pemakanan yang sihat seperti banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran serta banyakkan minum air kosong.

Lawan jerawat dengan diet pemakanan yang sihat!

 

Sumber: Wanista

Be the first to comment on "Produk Tenusu Punca Jerawat ‘Hinggap’ Di Muka, Betul Ke?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*