Anak Bawa Makan-Makan, Ibu Gembira Kekenyangan Sampai Tertidur.

Kasih sayang dan cinta seorang ibu kepada anaknya tidak akan terbalas dan tidak akan ternilai dengan apa pun. Perjuangan seorang ibu untuk seorang anak sangat luar biasa. Ketulusan dan kesabarannya dalam menjaga seorang anak sejak dari kandungan hingga anak tersebut dewasa dan bahkan hingga si anak sudah berkeluarga tidak akan tergantikan.

Seorang ibu rela mempertaruhkan nyawanya hanya untuk kehidupan si anak. Ketika melahirkan, si ibu meletakkan nyawanya dihujung rambut, bertarung maut demi kelahiran anaknya. Bahkan, untaian doanya tidak pernah terputus untuk seorang anak sejak dalam kandungan lagi. Mereka selalu berharap dan memohon kepada Allah agar anaknya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Siapa lagi yang memberi kasih sayang yang paling mendalam dan pengorbanan yang paling tinggi dalam hidup seorang anak, selain ibu?…Itulah kasih sayang yang Allah pinjamkan ke dalam hati seorang ibu, kasih sayang yang hebat, dari Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Inisiatif pengguna yang dikenali sebagai Luqman Haqim untuk menggembirakan permaisuri hatinya benar-benar berjaya menarik perhatian warganet.

Setakat ini, muat naik tersebut telah berjaya dikongsi semula sehingga ribuan RT yang kebanyakkannya berasa terharu dengan melihat gambar-gambar itu.

Sehubungan dengan itu, rata-rata pengguna Twitter telah meningg4lkan komen diruangan tersebut dengan memuji tindakan sweet Luqman dan membuatkan mereka merindui ibu mereka sendiri.

Sumber : Mr Luqman Haqim

Be the first to comment on "Anak Bawa Makan-Makan, Ibu Gembira Kekenyangan Sampai Tertidur."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*