Sebagai seorang ketua keluarga, sudah tentu para bapa ataupun suami akan berusaha keras untuk mencari pendapatan bagi memastikan peroleh rezeki untuk insan tersayang.
Oleh sebab itu, apa sahaja kerja yang halal akan dilakukan demi sesuap nasi untuk keluarga. Namun begitu, sebagai seorang ketua keluarga, memastikan anak-anak selamat dan dipantau dengan betul juga adalah satu tanggungjawab yang diamanahkan selain mencari nafkah.
Hantar makanan dalam hujan, dapat bantu abahnya angkat beg, pun jadilah.
May Allah swt bless this boy and his family, ameen. pic.twitter.com/Vvr6UrBBUk
— Nazrudin Rahman (@NazrudinRahman) December 16, 2019
Jadi, menerusi satu perkongsian di Twitter milik seorang personaliti televisyen, Nazrudin Habibur Rahman telah berkongsi satu gambar seorang lelaki bersama anaknya yang menggendong beg perkhidmatan Grab makanan.
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh pengacara rancangan Jalan-jalan Cari Makan itu, dia memberitahu bahawa budak lelaki tersebut terlihat seperti membantu bapanya bekerja dengan menghantar pesanan makanan dalam keadaan hujan.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata penguna Twitter telah meningg4lkan komen yang pelbagai di posting Nazrudin. Mereka juga telah mencoretkan kata-kata semangat untuk anak kepada rider Grab Food itu dan mendoakan agar rezeki mereka diperluaskan oleh Allah S.W.T.
Sumber : Nazrudin Habibur Rahman
Be the first to comment on "Netizen Hiba Lihat Kanak-kanak Berhujan Panas Tolong Bapa Hantar Makanan Sambil Galas Beg Grab."