Lelaki Terharu, Ingatkan Kunci Motor Betul-betul Dah Hilang, Rupa-rupanya Ada Orang Simpan. Siap Bagi Pesanan Lagi.

Kadang-kala, kerana terlalu sibuk kita cenderung untuk terlupa melakukan perkara rutin yang sememangnya wajib dilakukan.

Salah satu contohnya adalah rutin untuk menyimpan kunci kenderaan di dalam beg selepas tiba di destinasi. Bagaimanapun, syukurlah, Ken Lim dipertemukan dengan insan yang berhati mulia apabila dia dengan tidak sengaja meningg4lkan kunci motosikalnya di tempat kunci pada motosikalnya.

Menurut Ken Lim yang berkongsi pengalamannya ini di laman Facebook, dia secara tidak sengaja telah tertinggal kunci motosikalnya di tempat parkir motosikal di Bukit Bendera, Pulau Pinang sebelum menaiki kereta kabel untuk menghadiri sebuah acara di kemuncak bukit berkenaan.

Walau bagaimanapun, setelah acara tamat dan dia tiba di motosikalnya semula, dia mendapati bahawa kunci motosikalnya tiada bersama dengannya. Dengan rasa panik, Ken Lim hampir-hampir mahu menghubungi ibunya untuk meminta bantuan bagi menghantar kunci pendua kepadanya.

Tambahnya lagi, situasi bertambah merunsingkan kerana kereta kabel yang dinaikinya untuk turun ke kaki bukit adalah sesi yang terakhir. Jadi, menurutnya, mungkin kunci motosikalnya tercicir di jalanan ketika menghadiri acara sebelum itu.

Tetapi syukurlah, apabila Ken Lim mengambil topi keledarnya yang diletakkan di atas motosikalnya, secara tiba-tiba, segugus kunci terjatuh dari bahagian dalam topi keledar tersebut.

Sebuah nota bertulis turut diselitkan pada gugusan kunci itu: “Lain kali jangan tinggal kunci motosikal, nanti orang curi (motosikal). Ingat…”

Syukurlah, Ken Lim dipertemukan dengan insan mulia yang sudi menyembunyikan kunci motosikalnya di tempat yang selamat. Oleh itu, Ken Lim memuatnaik gambar kunci berkenaan dan mengirimkannya di laman Facebooknya untuk berterima kasih dengan ‘si penyimpan kunci’ berkenaan.

 

Be the first to comment on "Lelaki Terharu, Ingatkan Kunci Motor Betul-betul Dah Hilang, Rupa-rupanya Ada Orang Simpan. Siap Bagi Pesanan Lagi."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*