Adakah Melatah Hanya Berlaku Dalam Masyarakat Melayu?

Melatah dikatakan unik dalam masyarakat Melayu dan dikatakan sebagai sindr0m berkaitan budaya – Culture-Bound Syndrome (CBS).  CBS mempunyai banyak cabang dan dalam masyarakat Melayu juga terdapat beberapa cabang yang lain. Selain melatah, contoh CBS yang lain ialah mengamuk.

Melatah ini sebenarnya berbeza dengan kaum yang lain walaupun ia berkenaan reaksi yang sama.

Contohnya sindr0m Jumping Frenchmen of Maine yang ada di sekitar utara Amerika Syarikat. Ia adalah satu tindak balas yang luar biasa akibat sesuatu kejutan. Boleh tonton filem pendek ini untuk faham sindr0m ini ;

Orang Ainu di Jepun juga mempunyai sindr0m yang sama, dipanggil imu dan di Filipina dipanggil silok.

Semua ini dipanggil startle disorder (sindr0m kejut) atau hypereksplexia. Sindr0m ini biasanya diturunkan secara turun temurun dan ada pada genetik.

Catatan awal tentang latah ini dicatatkan oleh JR Logan, seorang peguam Inggeris ketika beliau dari Melaka mahu ke Naning pada 1849. Beliau mengkaji tentang melatah dan mendapati wanita Melayu lebih ramai yang mempunyai sindr0m ini berbanding lelaki dan pada mulanya ia dianggap ‘rosak saraf’.

Gabenor Frank Swattenham juga mengkaji tentang melatah. Antaranya di dalam buku tulisannya Malay Sketches pada 1895 menceritakan pengalamannya melihat pegawai polis yang melatah akibat gurauan dari teman sekerja.

Dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder (DSM), ia diletakkan dalam kategori DSM-IV. Antara sindr0mnya ialah echopraxia (mengulang balik kata orang tanpa terkawal), echolalia (mengulang-ulang sesuatu kata tanpa terkawal) dan terikut arahan orang tanpa terkawal.

Jadi kalau ada kawan yang melatah, janganlah selalu mengusik dia atau buat kejutan pada dia. Kesian, sebab bila melatah ni, orang itu tak boleh kawal badan dia. Kita yang tengok mungkin akan gelak, tapi yang kena itu mungkin penat.

 

Sumber: TheVocket

Be the first to comment on "Adakah Melatah Hanya Berlaku Dalam Masyarakat Melayu?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*