Dah berbuih agaknya penyanyi Datin Alyah menepis dakwaan mengatakan mahligai dibina dengan suami, Datuk Ramli MS dilanda badai.
Warganet pantang melihat selebriti tidak berkongsi gambar bersama suami atau isteri di media sosial. Mulalah tuduh rumah tangga goyah dan sebagainya!
Dalam kemas kini terbaru di Instagram, Alyah yang jarang memuat naik gambar bersama suami akhirnya mendedahkan ‘skandal’ Tok Ram selama ini.
Kredit foto: IG
“Kenal tak mamat belakang tu?
“Tahun ni, sempena ulang tahun kelahiran dia saya nak buat pengakuan. Sebenarnya, inilah skandal saya selama ni.
“Memang dia tak pernah letak gambar saya dlm IG dia. Dah nama pun skandal,” tulisnya.
Kredit foto: IG
Berikutan itu, ramai memuji pasangan terbabit yang jarang-jarang berkongsi momen mesra suami isteri di media sosial.
Selain itu, warganet mendoakan agar Alyah dan Tok Ram bahagia selalu dan jodoh berpanjangan.
Namun, tidak semua senang hati melihat Alyah gembira. Ada sahaja komen negatif ditinggalkan.
Kredit foto: IG
Sememangnya ramai warganet yang malas membaca, apatah lagi mahu menghadam sesuatu yang disampaikan di laman sosial. Main terjah saja!
View this post on Instagram31thn merata dunia kita keja dia kat depan sya kat blakang.intelek yg luar biasa makcik ni…@hke57
Sumber : CARI
Be the first to comment on "Dedah ‘Sk4ndal’ Tok Ram, Alyah Dil4har Tak Hormat Suami?"