Pelakon Farah Ahmad yang juga balu kepada pengarah filem, Allahyarham Pitt Hanif berkongsi coretan sedih di Instagram semalam yang membuatkan pengikutnya turut berasa sebak.
Lebih memilukan apabila luahan itu ditulis bersempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-42 tahun.
“Allahu..hadiah paling besar Farah dapat. Farah gembira ya amat. Apa lagi seorang isteri mahu bila diberi suami syahid yang tenang kacak menghadap Illahi.
“Aku senyum sambil cakap, awak memang selalu WIN, di saat akhir awak pun WIN, Hebat!
“Awak hari ni ulang tahun kelahiran Farah. Farah berharap awak dapat bersama Farah…heheh berangan kan,” tulisnya.
Coretan Farah itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Disebalik kesedihannya itu, ramai yang mendoakan agar Farah terus kuat untuk meneruskan hidup dan redha dengan pemergian suaminya itu.
Pitt atau nama sebenarnya Mohd. Firdaus Mohamad Hanif, 43, dilaporkan Iemas ketika keluar memancing pada 26 Oktober lalu di Sungai Jelai, Kuala Lipis, Pahang.
May4tnya kemudian ditemui pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) keesokan harinya sebelum berita itu diumumkan oleh ibunya yang juga pelakon Fauziah Nawi.
Hasil perkongsian hidup dengan Pitt, Farah dikurniakan tiga cahaya mata berusia tujuh hingga 16 tahun.
Menerusi laman sosial Facebook, Fauziah telah memaklumkan berita sedih itu yang disampaikan oleh adiknya yang berada di lokasi.
“Assalamualaikum, saya Hajjah Fauziah Haji Nawi Ingin mengumumkan bahawa jnazah anak saya Mohd Firdaus Haji Mohamad Hanif ataupun dikenali sebagai Pitt Hanif telah pun ditemui dalam keadaan yang sangat elok.
Dalam keadaan sebak, Fauziah turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dan yang berusaha mencari jnazah anaknya.
“Pihak Bomba yang menemui jnazah anak saya menyatakan tak pernah jumpa jnazah yang masih elok seperti itu walaupun berada di dalam air dah dua hari.
“Pit, mama minta maaf tak dapat jaga Pitt macam mana mama janji dengan arw4h baba. Terima kasih banyak pada semua yang mendoakan,” jelasnya lagi.
Sumber : Gempak
Be the first to comment on "“Ini Satu-Satunya Surprise Yang Menjadi Awak Buat,”- Luahan Farah Ahmad Sempena Birthday Kepada Pitt Hanif"