Pengalaman tinggal di asrama sewaktu zaman persekolahan mahupun kolej pastinya tidak akan dilupakan oleh sesiapa pun. Apatah lagi jika ditempatkan bersama rakan-rakan yang memang ‘sekepala’. Memang meriah sebab ada je aktiviti yang akan dilakukan.
Seperti perkongsian video oleh seorang pengguna twitter amrlhakim yang menjadi tular di media sosial. Dalam tempoh tidak sampai 48 jam dimuat naik, video berkenaan telah mendapat hampir 700 ribu tontonan.
Video berdurasi 27 saat yang dirakamkan di sebuah institusi pengajian tinggi awam itu memaparkan sekumpulan pelajar lelaki yang sedang bermain tarik tali di hadapan koridor bilik mereka. Memang kelakar dan ‘win’ habis lah!
Tonton video di bawah :
girlfriend: he must be cheating on me rn
boyfriend(s): pic.twitter.com/mQuY6SaPmC
— dj (@_amrlhakim) November 7, 2019
Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen turut mengakui terhibur dengan video tersebut. Ada pula yang teringat kenangan lama sewaktu zaman belajar dulu!
Nasib baik kain pelikat yang depan tak terlucut
Mana la dapat tali tu..
Kesian member depan kena tarik
Dah kalah nak angkat penyapu
Sumber : Twitter _amrlhakim via SIAKAP KELI
Be the first to comment on "(Video) ”Nasib Baik Kain Pelikat Tak Terlucut..” Main Tarik Tali Dalam Asrama, Raih 700 Ribu Tontonan Dalam Sehari"