“Suami Awak Dah Tumbuh Uban Dah Sayang”- Saharul Ridzwan Payung Rambut Beruban.

Baru-baru ini, pelakon tampan Saharul Ridzwan ada memuat naik sekeping foto di laman media sosial Instagram yang dirinya kini sudah pun memiliki uban.

“Uban dah tumbuh dah suami awak ni sayang @deenaemir. Umur makin meningkat dah. “Peringatan” semulajadi tentang usia di dunia.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) pada

“Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik berpanjangan. Amin,” tulisnya.

Meski pun begitu, rata-rata peminat tetap memuji ketampanan hero drama bersiri Jangan Benci Cintaku itu.

Komen Netizen:

Uban is owesome

Untuk rekod, Saharul atau nama sebenarnya Mohd. Saharul Ridzwan Hashim mendirikan rumah tangga bersama isteri tersayang pada 2016.

Biodata Deena Emir, Isteri Saharul Ridzwan. Wanita cantik berd4rah campuran Melayu-Arab. Deena juga merupakan seorang model muslimah dan memiliki butik pakaian sendiri iaitu Butik Wrap yang terletak di Dataran Wangsa, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Berikut, kami kongsikan dengan anda tentang biodata serta trivia menarik mengenai wanita kelahiran Petaling Jaya, Selangor ini.

Biodata Deena Emir

  • Nama Penuh: Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir
  • Nama Komersil: Deena Emir
  • Tarikh Lahir: 12 Januari 1988
  • Umur: 29 Tahun (2017)
  • Asal: Petaling Jaya, Selangor
  • Zodiak: Capricorn
  • Keluarga: Anak sulung daripada lima adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu (Kacukan Melayu-Arab)
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pemilik Butik Muslimah Wrap Boutique House dan Model Muslimah

Trivia Menarik Deena Emir

  • ‘Emir’ pada hujung nama Deena itu adalah nama keturunan sama seperti keturunan yang menggunakan Syarifah atau Syed. Bagaimanapun, disebabkan nama ‘Syarifah’ dianggap terlalu panjang, bapanya menggantikan dengan Emir yang turut digunakan dalam nama keturunan mereka.
  • Wanita cantik ini dilahirkan di Petaling Jaya dan dibesarkan di Gombak, Selangor.
  • Sebelum membuka bisnes sendiri, Deena pernah bekerja di sebuah butik pakaian wanita, InaiRed.
 

Sumber: Instagram Saharul Ridzwan

Be the first to comment on "“Suami Awak Dah Tumbuh Uban Dah Sayang”- Saharul Ridzwan Payung Rambut Beruban."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*