“Mari Doa Dari Jauh” – Ustaz Azhar Idrus P4tah Tangan Dan Hidung, Dirawat Di HSNZ.

KUALA TERENGGANU: Penceramah beb4s, Ustaz Azhar Idrus (UAI) p4tah tangan kiri dan hidung selepas terj4tuh basikal ketika perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Pus4ra, di sini, petang tadi.

Difahamkan, sebelum kejadian itu, UAI menyertai kayuhan santai bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah di sekitar bandar raya Kuala Terengganu.

Kejad1an dipercayai berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika UAI dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebelum basikal ditungganginya tiba-tiba berhenti meng3jut menyebabkan penceramah itu terj4tuh atas jalan.

Pembantu khasnya, Wan Safari Wan Ahmad, berkata UAI kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi mendapatkan rawatan segera.

“Kami bersyukur kerana ketika kejad1an, peserta yang mengikuti kayuhan santai masih berada di kawasan berhampiran dan segera menghulurkan bantuan.

Beliau berkata, orang ramai terutama penggemar ceramah atau peminat UAI tidak perlu bimbang atau membuat sebarang spekul4si.

Difahamkan, lapan peserta mengikuti kayuhan santai bermula dari Masjid Khalifah di Jalan Pus4ra dan ke sekitar bandar raya ini sebelum kembali semula ke masjid berkenaan.

Sementara itu, akaun Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original) ada memaklumkan semua kuliah yang sepatutnya disampaikan UAI terp4ksa ditangguh sehingga diberitahu kelak kerana beliau perlu berehat akibat terbabit kem4langan berkenaan.

 

Sumber: BeritaHarian

Be the first to comment on "“Mari Doa Dari Jauh” – Ustaz Azhar Idrus P4tah Tangan Dan Hidung, Dirawat Di HSNZ."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*