“Dia memancing bersama kawan, dapat ikan dan selepas itu…” – Anak Fauziah Nawi hilang, dikhuatiri lem4s di Sungai Mela, Kuala Lipis

ANAK kepada pelakon, Fauziah Nawi iaitu pengarah filem Pitt Haniff hilang dan dikhuatiri lem4s ketika memancing di Sungai Mela, Jerantut, Pahang pada Sabtu.

Isterinya yang juga pelakon Farah Ahmad mengesahkan mengenai kem4langan itu dan memberitahu pencarian sedang dilakukan oleh pihak berkuasa di lokasi kejadian.

“Saya isteri kepada Pitt Hanif nak beritahu berita yang anda dengar itu benar. Saya dalam perjalanan ke Sungai Mela, Jerantut, Pahang.

“Kejadian berlaku tengahari tadi, itu gambar boat sebelum terbelah dua yang dikongsi dalam group Whatsapp memancing sebelum kejadian.

“Dia memancing bersama kawan, dia dapat ikan dan selepas itu…,” katanya menerusi laman Instagram.

Pitt baru selesai mengarahkan filem Coastguard, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Farah turut memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan suaminya itu.

“Saya tahu awak kuat, awak tunggu saya. Insya-Allah, Allah akan bantu selamatkan Pitt. Allah dengar, alam juga dengar. Doakan semuanya selamat.

“Perlu doa semua dan semoga yang baik-baik,” ujarnya.

Berita mengejutkan mengenai Pitt atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohamad Hanif turut dikongsi oleh beberapa rakan-rakan artis di media sosial.

Dilaporkan kini usaha pencarian sedang giat dilakukan oleh pasukan keselamatan.

Usaha mStar untuk menghubungi Fauziah Nawi tidak berjaya kerana panggilan tidak dijawab.

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "“Dia memancing bersama kawan, dapat ikan dan selepas itu…” – Anak Fauziah Nawi hilang, dikhuatiri lem4s di Sungai Mela, Kuala Lipis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*