Laa Dia Islam Rupanya – Ramai Terkejut, Bila Tahu Pencipta Lagu Har4m Bagi Salam

Ketika orang ramai sedang rancak berbual mengenai kejayaan mereka, tidak dilupakan ‘tulang belakang’ yang turut menghasilkan lagu tersebut hingga menewaskan lagu-lagu finalis lain.

Pemuda berbangsa Cina iaitu Ezra Kong, nama yang tidak asing lagi apabila mula menceburi bidang muzik tempatan sekitar lima tahun lalu.

Beliau yang berusia 31 tahun sering mencipta lagu-lagu fenomena bersama Hael iaitu Jampi, H4ram dan Hajat.

Tetapi setelah diumumkan sebagai juara, ramai netizen yang terkejut apabila pemuda berasal dari Port Klang itu memberi salam ketika membuat ucapan penghargaan malam tadi.

Walaupun tiada informasi mengenai status agama beliau, rata-rata warga di laman sosial Twitter tidak menyangka beliau merupakan seorang ‘Muslim’.

Ada juga yang memuji sikap beliau kerana tidak bersalaman bukan mahram dengan meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat.

VIDEO :

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :  Twitter , Mstar

 

 

Be the first to comment on "Laa Dia Islam Rupanya – Ramai Terkejut, Bila Tahu Pencipta Lagu Har4m Bagi Salam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*