Berkongsi tarikh lahir yang sama, ucapan ‘birthday’ Sharnaaz Ahmad kepada Jebat Jayden buat ramai terharu

Salah seorang anak selebriti yang sering mendapat perhatian ramai, Jebat Jayden ini sememangnya cukup comel. Telatahnya yang bersahaja bila dirakam membuatkan warganet ger4m dengannya. Merupakan anak kepada seorang pelakon Sharnaaz Ahmad, Jebat juga adalah anak saudara kepada selebriti jelita, Neelofa.

Semakin hari, ada saja keletah Jayden yang mencuit hati dikongsikan menerusi laman Instagram mahupun TikTok oleh kedua-dua ibu bapanya.

Pada hari ini 30 Ogos, Sharnaaz Ahmad menyambut ulang tahunnya yang ke-37 tahun dan untuk makluman tarikh tersebut juga merupakan ulang tahun anaknya yang keempat iaitu Jebat Jayden.

Jadi menerusi laman instagram, pelakon kelahiran Pulau Pinang itu memuat naik satu video dan menitipkan ucapan buat anak kesayangannya tersebut.

“Happy Birthday my dear son..

“Im getting older the same day as you.. But im very sure my love for you is getting stronger..

“Boy nak jadi kuat macam baba.. Boy, baba kuat sebab cek.. who am i today is because of you.. Thank you for giving me the unconditional love every sec of your day..

“Jadilah anak yang kuat, bijak dan sentiasa tidak bagi orang tunjal kepala kita .. Always fight for what you think is right. Salah atau betul bukan manusia yg hakimi.. You are the king of your self.. love u boy @jebatjayden,” tulis Sharnaaz di ruangan kapsyen.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan artis dan para netizen turut mengucapkan selamat hari lahir buat Sharnaaz dan juga Jebat Jayden. Sehingga kini, video tersebut telah mencapai 64.7k tanda suka.

Untuk rekod, Sharnaaz mendirikan rumah tangga Nabila pada 31 Mac 2017 namun disahkan berc3ai pada 9 Julai 2020. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jebat Jayden.

Komen netizen:

Sumber: instagram sharnaazahmad dan diolah oleh Padu Gila

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :  https://www.atozsangbad.com/

Be the first to comment on "Berkongsi tarikh lahir yang sama, ucapan ‘birthday’ Sharnaaz Ahmad kepada Jebat Jayden buat ramai terharu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*