“Macam Takde Anak Sendiri” – Ucap Terima Kasih Pada Shuib Bagi Tumpang Kasih Anak-Anak, DSV Dikec4m Pula

Lihat dari kapsyen di dalam hantaran tersebut, Datuk Seri Vida atau DSV meluahkan rasa terima kasih terhadap Shuib kerana memberinya untuk menumpang kasih kepada anak-anak pelawak itu serta menjelaskan hubungan akrab dia bersama mereka.

Biarpun ramai yang merasakan DSV mempunyai hati yang sangat baik, masih ada netizen yang berprasangka buruk terhadap usahawan tersebut.

Menurut netizen terbabit, DSV tidak sepatutnya berkata dirinya menumpang kasih sedangkan dia mempunyai dua anak orang iaitu Cik B dan Kacak.

Malah, ada juga berkata usahawan tersebut sengaja berkata sebegitu kerana ingin memikat hati ayah kepada empat orang cahaya mata itu.

Bagaimanapun, komen tersebut telah dibidas oleh netizen lain yang meminta agar individu terbabit untuk ingat kembali kepada kisah pemergiaan anak-anak DSV yang ketika itu umur arwah lebih kurang umur anak-anak Shuib, jadi mungkin disebabkan itu dia berasa dekat dengan mereka.

Dalam pada masa yang sama, ada juga segelintir netizen yang mendoakan agar DSV dan Shuib dijodohkan bersama kerana netizen dapat lihat usahawan ini mempunyai hati yang sangat baik.

 

Sumber: Beautifulnara

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

Sumber :http://www.viralkamipress.dnqj.my/

Be the first to comment on "“Macam Takde Anak Sendiri” – Ucap Terima Kasih Pada Shuib Bagi Tumpang Kasih Anak-Anak, DSV Dikec4m Pula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*