Asyiela pemilik suara Upin Ipin rekod lagu, “Hebat sampai ke usia 20an…”

Pemilik suara animasi Upin Ipin iaitu Asyiela Putri ini bukanlah rahsia lagi bagi peminat setia yang mengikuti siri animasi tersebut. Asyiela Putri bagaimanapun terdahulu pernah menjadi perhatian ramai apabila bakat suara yang membawa watak utama itu turut dikagumi.

Umum diketahui, Asyiela Putri kini berusia 22 tahun dan pemilik suara Upin dan Ipin ini difahamkan telah meminjamkan suaranya selama 13 tahun.

IMG_20220720_182257

Walau bagaimanapun, meski kini sudah semakin dewasa dia masih mampu membawa watak animasi kembar tersebut dan melalui satu rakaman video terbaru ini pula, Asyiela Putri sekali lagi nampaknya mencuri tumpuan ribuan warganet.

Dalam rakaman pendek ini dikongsikan sedikit bagaimana Asyiela Putri sedang merekod lagu dan semangatnya ini membuatkan netizen tertarik dengan kecomelan bakat pelakon ini sehingga meraih perhatian ramai.

@lescopaque.official

Semangat Asyiela rekod lagu ni. Jom dapatkan tiket Teater Muzikal Upin & Ipin di my.bookmyshow.com sekarang! #upinipin #pinpinpom

♬ original sound – Les’ Copaque – Les’ Copaque

Hantaran video oleh lescopaque.official tersebut yang turut disertakan dengan kapsyen, “Semangat Asyiela rekod lagu ni. Jom dapatkan tiket teater Muzikal Upin Ipin…” itu ternyata ditinggalkan ratusan pandangan masing-masing mengenai bakat pemilik suara Upin dan Ipin tersebut.

“Macam mana la dia boleh maintain suara walaupun usia nak makin meningkat…”

UpinIMG_20220720_182354Upin

“Terima kasih menghiburkan kami dengan telatah Upin Ipin”

IMG_20220720_182436UpinIMG_20220720_182455

“Comel”

IMG_20220720_182514

“Budak ni dari kecik sampai besar…”

Upin

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: HCL

Be the first to comment on "Asyiela pemilik suara Upin Ipin rekod lagu, “Hebat sampai ke usia 20an…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*