[VIDEO]“Mikayla Nak Jadi Barbie” Sambut Birthday 4 Tahun, Memey & Norman Tunaikan Impian Anak!

Tak sal4h kita menunaikan impian anak kecil kita jika berkemampuan. Asal anak happy, mak ayah pasti turun sama merasa bahagia.

Impian anak kecil, Mikayla Delisha Hakim, anak ketiga pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang mahu memilih tema bak patung Barbile di hari sambutan hari kelahiran keempatnya disambut baik pasangan itu.

Malah sebolehnya, baik Memey dan Norman cuba merealisasikan impiannya yang mahu kelihatan seperti patung Barbie serta tema Barbie sebaik mungkin sepanjang majlis berlangsung.

Melalui Instagramnya, Memey turut memuat naik beberapa keping gambar kenangan sepanjang majlis itu sebagai kenangan mereka.

“Mummy mulakan gambar pertama sebelum beribu gambar menyusul untuk majlis hari ni.

“Tumpang lalu timeline boleh? Untuk kenangan anak-anak bila dah membesar,” kongsi Memey di Instagramnya.

Malah kata Memey lagi, dia dan suami sepakat memilih tema Barbie dengan campuran warna pink sebagai warna utama, seperti yang diinginkan anak kecilnya.

“@mikayladelishahakim nak jadi Barbie, jadi mummy papa tunaikan. Alhamdulillah nampak dia happy sangat-sangat. Banyak kali dia kiss mummy cakap tq,” tulisnya berkongsi.

Bukan sahaja si comel Mikayla Delisha yang cantik bak puteri bahkan Memey, Norman serta seisi keluarga mereka tampil segak dengan pakaian putih dan merah jambu.

Majlis ringkas tapi meriah itu turut sama dihadiri keluarga besar mereka, Abby Abadi sekeluarga dan adik beradik yang lain.

Majlis comel bertemakan patung Barbie itu bukan hanya meriah dengan kehadiran kawan-kawan bahkan rakan selebriti turut diundang.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

Sumber:Pa&Ma

Be the first to comment on "[VIDEO]“Mikayla Nak Jadi Barbie” Sambut Birthday 4 Tahun, Memey & Norman Tunaikan Impian Anak!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*