“Dah kahwin, ada 7 boyfriends” – Wanita buka baju separuh b0gel tak ser1k! Mengaku tol4k gaya hidup Islam tapi b4ngga keluarga kuat ag4ma

PELAWAK wanita yang mencipta kontr0versi dengan menangg4lkan baju kurung dan tudung sewaktu melakukan persembahan komediri (stand up comedy) baru-baru ini, tampil dengan satu lagi video baharu yang dimuat naik di laman sosial.

Seperti tidak terk3san dengan kec4man ramai, wanita bernama Siti Amira Natasya Abdullah muncul dalam video secara solo dan menceritakan mengenai latar belakang dirinya.

“Ramai yang mesej minta share sedikit diri pasal saya,” katanya pada permulaan video berkenaan.

Menerusi video berdurasi lebih dua minit itu, dia yang membahasakan diri sebagai Amy tampil membuat pendedahan yang agak meng3jutkan.

“Amy sudah berkahwin dan Amy ada tujuh boyfriends,” katanya tanpa memperincikan lebih lanjut mengenai statusnya itu.

Untuk rekod, selepas penvlaran video kontrov3rsinya, Siti Amira tampil bersama teman lelaki yang dikenali sebagai Alex menerusi siaran langsung di saluran YouTube milik mereka pada Sabtu.

Di dalam siaran langsung yang dibuat khas untuk menjawab soalan netizen, Alex memaklumkan dia akan memeluk Islam dan bakal mengahwini teman wanitanya itu.

Sementara itu dalam video solonya juga, Siti Amira mengulangi dia pernah menghafal ayat al-Quran sebanyak 15 juzuk.

amy 2

Siti Amira (Amy) dan teman lelakinya, Alex, menerusi siaran langsung pada Sabtu.

Malah wanita berusia 26 tahun itu tanpa segan silu mend3dahkan dia sememangnya dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang berpegang teguh dengan ajaran Islam.

“Semasa berumur lima ke enam tahun, saya dah kena pakai tudung, tutup avrat, pakai stoking. Tapi masa umur 20 tahun, saya officially mula tanggal tudung. Saya tak pakai tudung dah.

“Masa tingkatan satu, dua dan tiga, saya dihantar ke sekolah agama, sekolah tahfiz dan saya telah menghafal 15 juzuk Al-Quran.

“Habis saja tahfiz iaitu tingkatan empat dan lima, saya ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Habis SPM, saya masuk tingkatan enam… ambil (subjek) perniagaan,” ujarnya sambil menambah, dia kemudian meneruskan pengajian di sebuah universiti di Pulau Pinang.

amy 1

Siti Amira dikecam hebat kerana mempersendakan agama Islam sewaktu membuat persembahan komediri, baru-baru ini.

“Sekarang saya masih bekerja sepenuh masa, dan dalam masa yang sama belajar bidang undang-undang secara part-time.

“Selain ini itu saya sedang berjinak-jinak menjadi seorang comedian. Anda boleh tunjukkan sokongan kepada saya, sila kongsi video,” ujarnya sebelum mengakhiri video tersebut.

Sehingga kini video yang dimuat naik di akaun TikTok Siti Amira Natasya itu meraih sehingga lebih 11,000 jumlah tontonan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil menyelar wanita berkenaan dengan ada yang mempersoalkan mengenai penerimaan serta reaksi keluarganya selepas penularan video berkenaan.

“Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa.”

NETIZEN

“Betapa remvknya hati ibu dan ayah awak.

“Ibu ayah dan famili yang lain tak kisah ke buka tudung? Apa reaksi mereka.

“Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa,” demikian antara komen netizen.

Selain video berkenaan, wanita tersebut kemudian memuat naik video berasingan namun kali ini penampilannya sedikit berbeza apabila mengenakan hijab.

Menerusi video terbaharu itu, dia berkongsi pengalamannya ‘berdating’ dengan lelaki yang dikenali menerusi ‘dating apps’.

komen amy

Antara komen netizen di TikTok.

Pada Sabtu, tular video memaparkan Siti Amira mempers3ndakan Islam ketika membuat persembahan komediri di sebuah kelab di Kuala Lumpur.

Wanita itu pada mulanya tampil mengenakan pakaian sopan dan mengakui pernah menghafal ayat al-Quran sebanyak 15 juzuk, namun kemudian dia mula menanggalkan pakaiannya dan memperlihatkan pakaian s3ksi yang dipakai di bahagian dalam.

Susulan itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memaklumkan sedang meny1asat video berkenaan dan tidak akan berkompr0mi dengan perbuatan mempersendakana agama Islam.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: mStar

Be the first to comment on "“Dah kahwin, ada 7 boyfriends” – Wanita buka baju separuh b0gel tak ser1k! Mengaku tol4k gaya hidup Islam tapi b4ngga keluarga kuat ag4ma"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*