Dihujani Doa Dan Ucapan Dari Peminat, Nelydia Dan Suami Bakal Mengerjakan Ibadah Haji

Usai berkongsi perkembangan terkini bakal menunaikan ibadah haji di Makkah pada Ahad, pelakon Nelydia Senrose terus dihujani doa dan ucapan dari rakan selebriti serta peminat.

Nelydia menerusi perkongsian di Instagram meluahkan rasa syukur apabila dipilih menjadi tetamu Allah untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 28, menganggap keberangkatannya ke Tanah Suci itu seperti anugerah yang paling agung daripada Tuhan.

“Saya Nik Zaris Nelydia dan suami tersayang, Mohd Hafez Halimi dengan rasa penuh kesyukuran, gembira dan tawaduk, di atas kebesaran Sang Pencipta yang Maha pengasih dan mengasihani yang mengizinkan kami untuk menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi menunaikan ibadah haji.

Ini adalah anugerah Allah yang maha agung buat kami berdua. Saya dengan penuh rasa kerdil dan rendah diri ingin memohon seribu kemaafan kepada semua yang mengenali saya. Segala salah dan silap, terkasar bahasa yang saya sedari mahupun tanpa sengaja atau terlepas pandang selama ini. Halalkan makan minum kami.”

Tambah Nelydia, dapat menunaikan ibadah haji merupakan anugerah yang paling berharga untuk dirinya dan suami pada tahun ini.

“Segala yang saya hajatkan, semua yang saya impikan, apa yang saya bayangkan, tidak akan terlawan dengan anugerah daripada-Nya ini, yang tidak akan mungkin saya dustakan, sehingga ke akhir hayat.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 100,000 tanda suka daripada warga Instagram.

KOMEN NETIZEN:

Terdahulu, Nelydia dan suami telah berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah bersama pasangan Kamal Adli dan Uqasha Senrose sekitar Disember 2021.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

Sumber: GEMPAK/OHBULAN

Be the first to comment on "Dihujani Doa Dan Ucapan Dari Peminat, Nelydia Dan Suami Bakal Mengerjakan Ibadah Haji"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*