Dahi, Pipi Koy4k Akibat Kemal4ngan…Rakan Selebriti & Peminat Titip Doa Buat Ronnie Hussein

Penyanyi dan bekas vokalis kumpulan Hyper Act, Ronnie Hussein dilaporkan terlibat dalam kem4langan jalan raya semalam.

Berita itu dikongsi sendiri oleh Ronnie menerusi sebuah hantaran di Instagram yang menunjukkan keadaan Ronnie yang berlumuran darah pada kepalanya.

“Dahi & Pipi Koyak Sikit”

Menurut Ronnie, dia amat bersyukur kerana tiada kecederaan yang serius. Katanya, seluar dan baju lengan panjang  yang dipakainya sangat membantu mengurangkan risiko kecederaan.

“Alhamdulillah tak ada yang serius. Cuma dahi & pipi je koyak sikit..6 jahitan..Seluar panjang & baju lengan panjang sangat membantu mengurangkan kecederaan serius..

Moga kita semua sentiasa di dalam lindungan & rahmat Allah SWT..Aamin..”-Jelas Ronnie

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shahron Hussein (@ronnie_hussein)

Dibanjiri Dengan Komen Netizen & Rakan Artis

Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis tampil bertanyakan keadaan Ronnie serta menitipkan doa agar dia diberikan kesembuhan dengan cepat.

“Syafakallah Ronnie.”- Marsha Milan

“Semoga dipermudahkan urusan Ron.”- Imran Ajmain

“Allahuakbar..Sahabat! Moga baik-baik sahaja weii.”- Lan Solo

“Bro..napa? Jatuh atau orang langgar?”- Datuk Fizz Fairuzz

Kami di Murai MY turut mendoakan agar Ronnie Hussein diberikan kesembuhan dengan cepat serta dipermudahkan segala urusan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: muraimy

Be the first to comment on "Dahi, Pipi Koy4k Akibat Kemal4ngan…Rakan Selebriti & Peminat Titip Doa Buat Ronnie Hussein"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*