“Erysha Anak Noniswara” – Che Ta Tayang Wajah Bakal Menantu, Sekali Benda Lain Raih Perh4tian Net1zen

“Lepaih ni turn depa pulak na…” tulis pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta di ruangan kapsyen foto yang dikongsikan di akaun Instagram (IG) miliknya baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, kelihatan dia bergambar dengan anak lelakinya, Ammar Effendy, 26, dan seorang gadis jelita yang dikenali sebagai Erysha Emyra yang merupakan anak kepada pelakon Noniswara.

Foto terbabit diambil sekitar Majlis Malam Berinai Rozita Che Wan & Zain Saidin 2022 bersempena ulang tahun perkahwinan ke-10.

Foto tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji kecantikan gadis tersebut dan menyatakan wajah gadis itu seiras dengan Che Ta.

Malah, ada yang menyatakan pernah melihat gadis ini menyertai sebuah game show yang dihoskan oleh Che Ta yang berjudul Ujian Menantu yang ditayangkan baru-baru ini.

KOMEN NETIZEN :

“Masya-Allah cantik dan segak… Tak silap ini Erysha anak Noniswara kan?

“Dia ni ke yang ada dalam rancangan tu?

“Muka bakal menantu nak sama dengan mak mentua.. segak,” tulis warganet.

Sehingga kini, foto yang dimuat naik itu telah meraih lebih 520,000 tontonan dan lebih 23,000 tanda suka.

Hasil perkahwinan dengan Zain Saidin, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana, 9.

Untuk info, Che Ta mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 26, dan Aniq Azzra, 24, daripada hasil perkahwinannya yang pertama sebelum mendirikan rumah tangga bersama pelakon Zain Saidin pada Disember 2013.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

Sumber:IG CHETA

Be the first to comment on "“Erysha Anak Noniswara” – Che Ta Tayang Wajah Bakal Menantu, Sekali Benda Lain Raih Perh4tian Net1zen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*