Hari Lahir Yang Sama! Lisa Surihani Titip Ucapan Istimewa Buat Yusry & Yunos Laith

Pelakon, pengarah dan penyanyi Yusry Abdul Halim baru-baru ini telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-49. Lebih manis, Yusri turut menyambut bersama anak ketiganya, Yunos Laith yang turut dilahirkan pada hari kelahiran Yusri, 15 Jun.

Kongsi Hari Kelahiran Yang Sama

Menerusi foto yang dimuatnaik di Instagram, isteri kepada Yusry yang juga pelakon, Lisa Surihani turut menitipkan ucapan istimewa buat suami dan cahaya mata ketiga mereka.

“Kali ini, sedikit berbeza . Dia dapat berkongsi hari yang istimewa dengan anak bongsu kami, yang baru berusia 1 tahun. Begitu pantas masa berlalu .”-Kata Lisa Surihani

Dalam pada itu, Lisa turut menitipkan doa buat suami dan anak lelakinya agar sentiasa berada di kalangan orang-orang yang soleh.

“My dear boys, kami menyambut hari lahir kamu pada bulan Jun, kami berdoa kepada Allah SWT agar kami sentiasa berada di kalangan orang-orang yang soleh dan menjadi penyejuk mata kami. Terima kasih atas kasih sayang, kegembiraan dan kemesraan yang anda berdua bawa, Daddy dan Junior.”-Titip Lisa

Dibanjiri Komen Peminat

Hantaran yang dimuatnaik oleh Lisa telah dibanjiri dengan komen peminat yang turut memberikan ucapan hari jadi buat Yusry dan Yunos, malah ada yang memuji sikap pasangan itu bersikap sederhana dalam setiap perkara.

“Too cute too cute aah! Happy birthday lisa’s big baby and smol baby.”-Diana Danielle

“A happy and blessed birthday for your fav boys!.”

“Happy birthday. Semoga usia diberkati, dilimpahi rezeki yang halal lagi baraqah serta dipermudahkan sehabis mudah segala urusan.”

“Artis yang humble serta bersederhana dalam segala hal. Mempunyai personaliti yang baik serta budi pekerti yang bagus both of you.”

Sekadar info, Yusry dan Lisa telah mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan mempunyai 3 orang cahaya mata, Yahaira Leanne, Yusof Leonne, dan Yunos Laith.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: muraimy

Be the first to comment on "Hari Lahir Yang Sama! Lisa Surihani Titip Ucapan Istimewa Buat Yusry & Yunos Laith"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*