Terkedu Bila Dapat Tahu Su4mi Tengah H4ngat Dengan J4nda, Pagi Tu Suami Tingg4lkan Suatu Kertas Dan Isinya Buat Aku Terkejut

Assalamualaikum. PAGI ini, emel saya dik3tuk seorang pembaca yang meminta namanya dirahsiakan untuk berkongsi kisah rumah tangga. Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami.

Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah berg0lak hebat di dasarnya, tanpa sedar…

Suami seorang yang penyayang dan romantis. Anak anak ketawa ceria… malah sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas pergavlan termasuk avrat dan akhl4k. Suami selalu membuat kejvtan. memberi hadiah dan kata senyuman,

namun dia yang selalu berasa hebat dapat menjaga segala keperluan suami dan anak anak tidak sedar bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup kesalahan…

Aku terjumpa kad hari lahir berbavr cinta. Berkali-kali aku mengvgut suami untuk berterus terang dan akhirnya tembelang pun pec4h. “Ya, abang sayangkan dia! Dia j4nda dan abang dah bersama banyak kali!” Ya ALLAH… aku terduduk dengan pengakvan itu… kenapa j4nda?

kenapa bukan anak d4ra? kenapa mudahnya lupakan peng0rbanan aku… apa salah aku? air mata mengalir deras. Aku rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi aku pantas men3pis. Tiada kekuatan untuk aku teruskan langkah tapi aku gagahi jua sehingga ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Mak kata, kalau marah baca al-Quran. Kalau sedih solat sunat dan mengadu padaNYA. Ya… Aku ingin mengadu… air mata aku mengalir laju walaupun sedang solat dan mengaji. Usai solat dan berdoa suami mer3bahkan kepalanya di ribaan aku.

Dia merangkul pinggang aku dan mencivm telapak tangan aku berkali-kali. Dia minta aku ampunkannya kerana men3ngking aku sebentar tadi. Dia mengaku terlalu mar4h kerana aku mende$ak dan menjerit kepadanya. Ya ALLAH, sesungguhnya lebih pada jerit ingin aku lakukan…

Aku ingin acu suami dengan apa apa je! Tapi aku tiada kekuatan. Hati aku h4ncur luluh. Aku kuatkan hati untuk bertanya… “Berapa kali?” “Banyak…” “Sejak bila?” “Sejak Mah mengandung Adan…” Ya ALLAH… enam tahun lalu… kini Adan dah ada dua adik…

“Tak kahwin?” “Tidak… abang sayangkan Mah…” “Sayang?” “Ya…” “Ini tanda sayang?” Soalan aku terbiar tanpa jawapan… Aku tidak memandang wajah suami di ribaan, tidak juga mengelus rambutnya seperti kebiasaan dia bermanja dengan aku. Mata ini tidak berkedip.

Aku melemp4r pandangan kosong ke dinding. Hati aku bvngkam. Air mata tak mahu berhenti… Minta terus terang. Aku minta suami terus terang kekur4ngan aku . Jika masih sayangkan perkahwinan kami dan mahu aku terus di sisinya, Aku mahu tahu, apa kelebihan perempuan itu dan apa kekur4ngan aku.

Suami menggelengkan kepala sesungguh hati. Meng0ngoi macam budak kecil. Dia seakan tahu yang aku mahu keluar dari rumahnya.“Sepuluh tahun abang… sepuluh tahun Mah tert1pu dengan permainan abang. Mah sangka rumah tangga kita aman dan bahagia.

Rupanya Mah yang berangan-angan di rumah sendiri… abang tak bahagia dengan Mah… Abang cari lain” “Tak! abang bahagia. Mah jaga abang dan anak-anak dengan baik… tak ada kurang satu pun… Abang tulis. Abang tulis apa yang abang tak suka tentang Mah.

Abang tak sanggup nak kata tapi Mah janji jangan tinggalkan abang…” Aku mengangguk. Aku tolak kepala suami dari ribaan dan melangkah longlai ke bilik anak-anak dengan telekung masih di kepala. Malam itu aku menangis di sisi anak-anak yang enak tidur.

Entah bila aku terlelap langsung tak pasti. Subuh lagi aku sudah bangun sediakan sarapan suami dan anak-anak. Aku kejut suami dan dia bangun seperti tiada apa-apa berlaku. Di hadapan anak-anak kami cuba berlagak biasa. Menjadi rutin, sebelum dia keluar menghantar anak ke sekolah aku

bersalaman dan dia mengucup dahi aku ; tapi pagi itu, saat ia hendak berlaku, aku palingkan muka. Aku tak mahu bibir yang pernah mencium wanita lain hinggap di dahi aku yang setia. Air mata melurut lagi. Surat jadi penyebab. Aku tutup pintu dan aku menapak ke ruang tamu.

Ada helaian kertas yang bertindih gelas kaca. Aku tahu itu pengakuan suami. Aku tarikh nafas dalam-dalam mencari kekuatan untuk membacanya. Dan isi surat suami, betul-betul buat aku rasa terkena. Aku harap anda semua memahaminya.

Jangan sesekali menyalahkan suami aku atau mana-mana lelaki yang pernah menduakan anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi sebab untuk aku menerima dan memaafkannya. Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik… yang baik… dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa…

Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat… abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan. Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini,

abang terima sebagai hukumn. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf… Mah… Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis.

Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling. Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga.

Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang. Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang.

Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung… kaki Mah bengkak dengan lemak… badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya.

Abang lemah tengok Mah lemah… Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri? Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah,

Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah. Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu?

Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu? Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan…

dan Mah terimalah dengan lapang hati. Mah… Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit. Abang minta ampun.

Abang menyesal… Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang…

abang tidak mampu menghalang. Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang… abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman. Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam… abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam… abang merayu…

Cerita dibawah lebih mengejutkan,

Tk Puas Ke Mlm Tadi. Terkejut Tetiba Tunang Gades Ni Tertengok Chat Yg Masok Kt Phone Dia. Tergamam Gades Ni Tgk Riak Wajah Tunang Dia Tetiba Jadi Lain. Akhirnya Ini Yg Berlaku.

Aku baru lepas menghabiskan pelajaran master dalam bidang kedoktoran setahun lepas. Alhamdullilah sekarang aku dengan bangganya menjadi seorang doktor.Cita cita aku dari kecil sudah tercapai.Dalam mengejar cita cita aku terlupa usia dah memang perlu kahwin. (24++). Ramai kawan aku cakap aku ada semua wife material.Aku pandai memasak, kemas rumah, suka kanak kanak dan haiwan.Memang ibu telah mengajar aku dari kecil lagi supaya berdikari.

Sejak usia aku 9 tahun aku sudah belajar memasak,mengasuh adik,so sekarnag aku tak kekok nak buat benda tu semua. Aku berkenalan dengan seorang lelaki aka ustaz.Sejuk mata memandang redup je tengok muka dia.Kami sudah memkirkan masa depan dengan mengutuskan untuk bertunang pada akhir tahun 2018 lalu.

Tunang aku ni dia mcm golongan golongan ustaz pandai mengaji lulusan universiti islam semua tu.Malang menimpa semasa aku baru bermula bertugas sebagai seorang doktor aku aku terlibat dalam satu cinta tiga segi staf aku sendiri.

Pada zahirnya aku tidak meninginkan lelaki tersebut.Just merawat sebagai peskit aku sahaja,tak terlebih dari itu.Cuma pada suatu hari dia yang aku namakan Zahir telah text aku dan meluahkan perasaan kepada aku.Aku terkedu time tu seperti tidak keterharuan bak kata pepatah haruan makan anak bila Zahir adalah pskit aku lagipun dia adalah bf kepada staff aku sendiri.

Dia bersungguh sungguh untuk dapat kan aku sehingga benda ini dapat dihidu oleh tunang aku.Aku cuba perjelaskan bahawasanya aku tidak terlintas pun untuk bercinta dengan Zahir.Dia hanya syok sendiri.Tunang aku merasakan Zahir bercinta padaku bila dia text “kalau tak puas makan malam ini,saya akan bawa awak makan hari2 di tempat yang sedap”.

Ya aku mengaku pernah keluar makan,tapi itu hanyalah di kantin hospital,tidak lebih dari itu dan hanya kebetulan aku mahu pergi makan tengah hari sahaja pada waktu itu.Segala apa yang cuba terangkan pada tunang aku dia tidak percaya.Malahan aku dituduh sudah dipakai Zahir hnya kerana aku mudah dipelawa makan sekali.

Bertubi tubi tunang aku text aku betina tak guna dan paling sedih sekali bila mengeluarkan alasan tunang aku dingin dengan aku sebab aku dah tak menarik mcm dulu. Aku usaha untuk sentiasa nampak cantik depan dia. Nak jumpa dia aku pakai baju cantik cantik, kemas kemas, mekap. Tapi entah, bagi dia semua tu belum cukup.

Dia selalu tegur pasal fizikal aku. Kenapa aku dah gemuklah dah kusamlah jerawat banyaklah. Orang perempuan pantang betul bila orang dia syg tegur mcm ni…Bila aku tanya “awak ni dulu pilih saya sebab rupa ke?” Dia mengamuk ngamuk habis semua salah aku dia ungkit sampailah kami putus tunang.Jadi sampai sekrang aku rasa aku dah hilang nilai dalam diri aku.And i am very sorry to say this tapi aku dah sangat sangat skeptikal dengan golongan golongan pak ustaz ni.(ya aku tahu bukan semua mcm tu.)

Kadang – kadang jubah labuh smpai cecah lantai songkok tinggi melangit tapi mata tak berkelip pandang perempuan, kaki perempuan, miang gatal dsb(sorry bukan semua tp ada yg mcm ni). Aku tahu aku doktor, kerjaya yang konon konon semua orang sanjung, dan ada juga yang mendekati aku tapi entah. Aku rasa mcm aku takkan kahwin. Mcm tiada siapa yang akan suka seikhlasnya walaupun i do have several things that i should be proud of.

Masa menentukan semua selepas kami putus tunang Zahir muncul kembali dan dia buat pengakuan bahawa dia adalah kawan baik kepada tunang aku.Dia dikatakan sruh rosakkan hubungan kami supaya tunang aku dapat tinggalkan aku dengan alasan aku ni perempuan selingkuh.Zahir mengaku kekhilafan dia memohon maaf atas apa yang berlaku.

Aku bagai pijak langit tidak rasa kaki lagi bila Zahir membuat pengakuan seperti itu.Hina sangatkah aku ni.Teruk sangatkah aku ini.Dalam sekelip mata kami putus tunang bila Zahir menceritakan keadaan sebenar yang tunang aku ni kemaruk cinta dengan perempuan a.k.a pelajar dia sendiri berasal dari Indnesia.Dan mereka dalam diam bercinta sewaktu tempoh kami bertunang. Allahu….. Sedihnya.

Aku kumpulkan semangat baru,aku mula tarik nafas baru agar melupakan segala cerita sedih aku dan dia ini.Takpe je kan kalau tak kahwin daripada kahwin tapi hidup menderita?Aku mcm dah serik. 5 tahun aku dengan tunang aku, aku tak pernah sedar selama ni dia hanya pandang rupa mempermainkan cinta aku yang ikhlas ini.

Aku cuma risau kalau aku ini tidak akan kawin sampai bila bila. Mmg lah ada orang cakap “takpe Allah sediakan jodoh dekat syurga.”Buat bekas tunang aku tersayang . Aku doakan kau bahagia bersama si dia,aku doakan kau peroleh kebahagiaan dengan apa yang telah kau lakukan pada aku,aku redha dengan ketentuan ini,aku pasrah aku akur,Jodoh kita sampai disini sahaja.Salam sayang dari NITA.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: Diari Viral

Be the first to comment on "Terkedu Bila Dapat Tahu Su4mi Tengah H4ngat Dengan J4nda, Pagi Tu Suami Tingg4lkan Suatu Kertas Dan Isinya Buat Aku Terkejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*