Beli Banglo RM5 Juta, Kak KM Tiada Niat Nak Menvnjuk

Perkongsian usahawan kontr0versi, Liana Rosli atau mesra disapa Kak KM menjadi perhatian apabila memuat naik momen berjaya membeli sebuah rumah banglo bernilai RM5 juta.

Menerusi video dikongsikan, Kak KM menerima kejutan dari ahli keluarga dengan menyerahkan kunci rumah ketika dia meninjau banglo berkenaan.

Meskipun ramai yang tumpang gembira, namun ada netizen yang meninggalkan komen kec4man di atas kejayaannya itu serta dikatakan seolah sengaja menunjuk kemewahan di media sosia.

Memetik mStar Online, Kak KM berkata dia enggan mengambil pusing dengan kec4man netizen itu. Ujarnya, dia hanya mahu memberi inspirasi kepada orang lain.

“Syukur dengan rezeki yang diberikan. Tuhan mendengar doa saya selama ini. Kalau sentiasa berbuat baik pasti ada rezeki.

“Kalau ada yang tak suka tengok perkongsian saya itu, tutup saja media sosial. Saya kongsi bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi mahu beri inspirasi supaya orang lain turut berusaha lebih kuat untuk miliki apa yang dihajati.

“Lihatlah dari sudut positif. Bersainglah secara sihat untuk capai sasaran sendiri, bukan hanya sekadar kec4m dan cakap kosong sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Kak KM berkata dia sudah lali dengan kata-kata negatif yang dilemparkan terhadapnya serta menganggap mereka sebenarnya cembvru.

“Usahawan seperti saya ini memang selalu kena kec4m. Tidak kisahlah apa orang hendak katakan, saya hanya lihat dari sudut positif. Semakin dik3cam semakin ramai orang kenal produk saya.

“Sebenarnya orang yang selalu k3cam inilah ada masalah cembvru. Apa salah sesekali ucap tahniah dengan kejayaan orang lain,” ujarnya.

Mengulas mengenai pembelian rumah tersebut, Kak KM berkata urusan pembelian tanah dan banglo bernilai RM5 juta tersebut dilakukan sejak tahun lalu lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by THE REAL KM👑📲 0182217074 (@sweetdara_lianarosli_km)

“Saya nak runtuhkan rumah tersebut dan bina sebuah rumah baharu. Saya tak suka nak tinggal di tempat yang pernah didiami oleh orang lain sebelum ini.

“Perancangannya mahu bina rumah dua tingkat dan mesti ada kolam renang. Apa yang penting adalah selesa untuk kami sekeluarga tinggal,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: ROTIKAYA

Be the first to comment on "Beli Banglo RM5 Juta, Kak KM Tiada Niat Nak Menvnjuk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*