Chef Wan Hadiahkan Serina Perabot, RM10,000 Untuk Rumah Baru

 Sempena ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Serina Redzuan, chef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan menitipkan doa buat anaknya itu.

Menerusi satu entri di Instagram, Chef Wan berkata Serina tidak mahukan hadiah kerana beliau sudah berjanji untuk memberikan set meja makan dan sofa baharu untuk rumah Serina yang baru dibeli.

“Dia berkata dia tidak mahu sebarang hadiah kerana saya sudah berjanji untuk memberikannya set meja makan dan set sofa baharu untuk rumah mereka yang baru mereka beli dan ubah suai.

“Saya juga memberikan 4 helai permaidani lama saya yang masih kelihatan baik. Guna la dari kena beli yang baru,” katanya.

Tambahnya Chef Wan lagi, beliau turut membantu dari segi pemasangan kabinet dapur serta akan memberi sebanyak RM10,000 untuk kelengkapan rumah.

“Saya turut membantu mereka dan menyumbangkan sedikit wang untuk memasang kabinet rumah baru mereka. Jadi la sumbangan daripada bapa itu.

“Macam ni la tanggvngjawab bapa dari anak itu kecil sampai la dah tua pun seorang bapa yang baik akan mahu membantu. Tiada satu bapa pun nak melihat anak-anak mereka di dalam kesusahan.Tak bantu banyak, bantu sedikit pun jadi lah,” katanya.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata meskipun ada yang mem3rlinya kononnya mahu menunjvk dan ri4k, namun beliau tidak peduli kerana dia tetap akan menjalankan tanggungjawab serta menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Serina Datuk Redzuawan (@serinaredzuawan)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: mStar

Be the first to comment on "Chef Wan Hadiahkan Serina Perabot, RM10,000 Untuk Rumah Baru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*