Hisyam Hamid dig4lar Zul Ariffin 2.0 gara-gara b4bak dukvng Scha Elinnea, akui tak dapat elak kerana ada dalam skrip

GARA-GARA aksi mendvkung pelakon Scha Elinnea dalam drama Kerana Aku Isteri Bidaan, nama Hisyam Hamid menjadi sebutan ramai apabila ia turut dikaitkan dengan k3s yang membabitkan Zul Ariffin sebelum ini.

Melihat perkara ini sebagai sesuatu yang sen$it1f untuk diperkatakan, Hisyam, 37, enggan mengulas panjang kerana bimbang setiap komen yang diberikan akan dis4lah tafsir oleh sesetengah pihak.

“Perkara ini terlalu sen$1tif bagi sesetengah pihak. Jadi lebih elok saya tidak bercakap banyak tentang perkara ini kerana bimbang akan disalah tafsir.

“Babak tersebut memang ada dalam skrip dan banyak projek lain sebelum ini mempunyai adegan seperti itu. Cuma penonton memberi perhatian kerana drama ini mendapat sambutan baik,” katanya kepada mStar.

Video Hisyam mendukung Scha dalam drama tersebut yang dimuat naik di laman TikTok sebelum ini mendapat kecaman netizen.

hisyam hamid 2

Gandingan Hisyam dan Scha curi perhatian penonton.

Segelintir netizen menyamakan pelakon itu dengan Zul Ariffin dan mengelarnya Zul Ariffin 2.0.

Membaca komen-komen tersebut, Hisyam melihat ia satu perkara positif yang dianggap sebagai teguran untuk memperbaiki kesilapan.

“Benda yang negatif pun boleh dijadikan satu perkara positif. Ini adalah satu teguran buat saya.

“Jadi lebih elok saya tidak bercakap banyak tentang perkara ini kerana bimbang akan disalah tafsir”

HISYAM HAMID

PELAKON

“Sebagai pelakon saya sentiasa akan kaji dahulu sesuatu babak. Selama ini cuba untuk elak perkara sebegini berlaku tetapi ia terjadi kali ini,” ujarnya.

Untuk rekod video aksi p@nas lakonan Zul bersama pelakon Siti Hariesa yang dimuatnaik pada 18 Mac lalu menerima k3cam4n tervk peminat dan turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Susulan itu Zul hadir ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk memberi keterangan

hisyam hamid 3

Lakonan Hisyam dalam drama Kerana Aku Isteri Bidaan juga mendapat pujian penonton.

Sementara itu, Hiysam juga meluahkan rasa gembira apabila drama lakonannya itu mendapat sambutan baik penonton.

Bagi Hisyam ia adalah satu kepuasan apabila usaha dan penat lelah sepanjang penggambaran drama tersebut dihargai.

“Memanglah saya gembira apabila drama kali ini mendapat sambutan. Penonton tidak tahu susah-payah yang kami lalui sepanjang penggambaran drama ini.

“Saya rasa puas apabila usaha dan kepayahan sepanjang penggambaran dihargai penonton dengan sambutan sebegini,” jelasnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: mStar

Be the first to comment on "Hisyam Hamid dig4lar Zul Ariffin 2.0 gara-gara b4bak dukvng Scha Elinnea, akui tak dapat elak kerana ada dalam skrip"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*