Dramatis Aripah Damanhuri men1nggal dunia akibat jangk1tan kvman

LEBIH sebulan diraw4t di Hospital Kuala Lumpur akibat jangk1tan kuman pada paru-paru, dramatis Aripah Damanhuri, 73, disahkan men1nggal dunia pada pukul 8.15 pagi, Selasa.

Berita itu disampaikan oleh anak bongsu kepada pelakon itu iaitu Fais Nurpais Ismail menerusi laman Facebook miliknya.

Memohon agar sedekahkan doa untuk ibu tercinta, Fais juga meminta mana-mana pihak menghubunginya sekiranya arw4h mempunyai hut4ng yang belum selesai.

“Mak akhirnya pergi juga. Bagi sesiapa yang mengenali mak Aripah Damanhuri, dukacita dimaklumkan mak baru saja men1nggal dunia pukul 8.15 pagi tadi di wad 23 HKL.

“Pohon sedekahkan doa kepqada mak ya. Kalau mak ada apa-apa hvtang yang belum langs4i, hubungilah saya, Insya-Allah,” tulis.

Pada 23 April lalu, Aripah Damanhuri, 73, dimasukkan ke HKL kerana paras oksigen menurun dan terpaksa ditidurkan selepas disyaki mendapat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Anaknya, Fais Nurpais memaklumkan Aripah diberikan bantuan pernafasa selain semua jenis ubat penguat jantung sudah dihentikan.

Malah, organ-organ pelakon itu juga semakin sembuh daripada jangkitan kuman.

Menerusi laporan mStar pada 10 Mei lalu, adik kepada Allahyarham Aripah iaitu pelakon Normah Damanhuri berkata kakaknya ketika itu menunjukkan perkembangan positif.

Pelakon berusia 68, memberitahu, biarpun belum sedar sepenuhnya, namun kakaknya itu memberi respons setiap kali dipanggil.

Allahyarham mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 1980 an dan kekal aktif dalam televisyen dan filem.

Antara filem lakonannya iaitu Senario XX (2005) dan 8 Jam (2012) manakala drama berjudul Airmata Maria, Gerak Khas musim 11 dan Antara Maghrib dan Isyak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: mStar

Be the first to comment on "Dramatis Aripah Damanhuri men1nggal dunia akibat jangk1tan kvman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*