‘Dikeluarkan’ kumpulan WhatsApp kerana l3wat kemas kini rutin diet

PETALING JAYA – Gara-gara tidak sempat mengemas kini rutin harian diet, seorang wanita terk3jut apabila ‘dikeluarkan’ daripada kumpulan WhatsApp meskipun sudah membayar langganan sejumlah RM100.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Amaa Azmi melahirkan rasa kec3wa menerusi satu ciapan di Twitter.

Tambah Amaa, jurulatih berkenaan cukup tegas selain sering memantau cara pengambilan pemakanan yang diamalkan olehnya.

“Pagi tadi saya tak sempat ambil gambar sarapan tiba-tiba dikeluarkan dari ‘group’,” luah Amaa.

Dalam pada itu, dia yang berhasrat untuk menurunkan berat badan sudah mula reda setelah duit langganannya hangus dalam sekelip mata.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen orang ramai turut bersimpati dengan nasib wanita itu.

“Tak boleh dibuang macam itu. Jurulatih gimnasium pun tak ada buang orang macam itu,” komen seorang pengguna.

“Saya pernah kena juga sebab tak mengamalkan pengambilan makanan yang telah ditetapkan,” kata Sharina.

“Tak tahulah nak m4rah atau nak nangis kalau kena macam ini,” komen seorang lagi pengguna. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: – KOSMO! ONLINE.

Be the first to comment on "‘Dikeluarkan’ kumpulan WhatsApp kerana l3wat kemas kini rutin diet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*