Sam3eng habis! Sudahlah berdiri di laluan ‘New Zealand’, rider ada hati nak h3mpuk kereta

MENDAPAT jolokan ‘New Zealand Malaysia’, Lebuhraya Temiang-Pantai dekat Seremban menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk bergambar.

Keindahan pemandangan di lokasi itu turut dijadikan sebagai tempat perjumpaan secara berkumpulan yang mana pemandu kereta atau penunggang motosikal berhenti di sepanjang lorong k3cemasan, sekali gus mengundang bah4ya.

Menerusi satu rakaman dashboard sebuah kereta, pemandunya cuba membunyikan hon bagi memberi peringatan kepada seorang penunggang motosikal yang kelihatan berdiri di jalan.

Namun, keadaan itu sebaliknya menimbulkan rasa tidak puas hati lelaki tersebut yang kemudian mengh4yunkan satu objek ke arah kereta terbabit.

Berkongsi cerita kepada mStar, individu yang memuat naik rakaman itu di laman sosial sehingga tular, Wahab Hamzah berkata, kejadian berlaku pada Ahad petang semasa dalam perjalanan dari rumahnya di Serdang, Selangor ke Kampung Kerangai di Jelebu, Negeri Sembilan.

Lelaki berusia 30an itu memberitahu, ketika itu isterinya memandu kereta, manakala dia berada di tempat duduk penumpang hadapan serta dua anak di tempat duduk belakang.

“Saya minta isteri bunyikan hon sebab lelaki itu mengganggu laluan dan mahu memberi peringatan yang dia berada di luar dari garisan, bahaya untuk dia dan pengguna jalan raya lain.

“Tak sangka dia gunakan pouch bag untuk hempuk kereta saya. Sebab saya bukan cari gaduh, hanya nak berikan peringatan je.

“Saya terkejut dan menjerit dengan tindakan dia… macam samseng jalanan,” katanya ketika dihubungi.

samseng lebuhraya temiang 6

Rakaman dashboard sebuah kereta ketika menghampiri di lokasi kejadian.

Berasal dari Jelebu, Wahab berkata, dia bukanlah pertama kali melalui lebuh raya itu untuk pulang ke kampung, justeru sering melihat ramai orang berhenti dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan untuk mengambil gambar.

“Tapi kali ini sudah melebihi had. Selepas bunyikan hon, kami meneruskan perjalanan sebab tiada kesan teruk pun.

“Kalau kami berpatah balik jumpa rider tu, bimbang akan menimbulkan kekec0han. Bahaya sebab mereka ramai dan saya ada anak-anak kecil,” ujar bapa kepada dua cahaya mata itu sambil menambah tiada laporan polis dibuat kerana tiada kerosakan berlaku dalam kejadian itu.

samseng lebuhraya temiang 4

Sekumpulan penunggang motosikal berhenti di lorong kecemasan.

Bagaimanapun dia yang bekerja di bahagian sumber manusia di sebuah syarikat berkata, perkongsian video tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya berhati-hati di lebuh raya tersebut.

“Ia bukan tempat rekreasi atau open house. Cari tempat yang sesuai untuk lepak atau bergambar. Lebuh raya tersebut bukan tempat yang sesuai.

Bukan tempat rekreasi atau open house. Cari tempat yang sesuai untuk lepak atau bergambar. Lebuh raya tersebut bukan tempat yang sesuai.

WAHAB HAMZAH

“Sikap saling memperingati sesama kita penting bagi semua. Jangan buat tindakan g3ngster. Jangan bah4yakan diri dan pengguna jalan raya lain. Kalau dah terlanggar akan menyusahkan banyak pihak,” katanya.

Setakat ini, video yang dimuat naik di Facebook milik Wahab dikongsi lebih 2,000 kali, dan tersebar di pelbagai platform media sosial.

samseng lebuhraya temiang 5

Lelaki yang tidak puas hati selepas sebuah kereta membunyikan hon.

Rata-rata netizen menyifatkan rider tersebut bersikap bi4dab selain tindakannya berdiri di jalan raya dengan meletakkan motosikal di lorong kecemasan boleh menyusahkan dan membah4yakan semua pihak terutama pengguna jalan raya.

“Memang menyvsahkan dia orang ni. Kita pula kena berhati-hati bila lalu sini. Adeh, perangai masing-masing.”

“Mohon ambil tindakan. Busvkkan imej rider.”

“Dah kena l4nggar baru tahu,” demikian antara komen netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: mStar

Be the first to comment on "Sam3eng habis! Sudahlah berdiri di laluan ‘New Zealand’, rider ada hati nak h3mpuk kereta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*