Belum pulih p3nyakit m1steri, pasangan influencer trauma kena sih1r… Tak patah semangat mahu terus berbuat baik

USAHAWAN dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad memberitahu isterinya iaitu Syafiqah Aina masih belum pulih daripada gangguan dan penyakit mi$teri yang ditujukan kepada mereka sejak tahun lalu.

Masih lagi mendapatkan rawatan Islam, Hafiz memberitahu dia dan isteri tabah menempuh ujian tersebut dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah SWT.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

“Sebagai suami apabila melihat Aina terkena penyakit mist3ri, memang saya m4rah dan ger4m. Tapi ia buat kami sedar, setiap perbuatan tak perlu dibalas begitu, sebaliknya kami perlu usaha dan buktikan kepada mereka yang kami boleh menjadi lebih baik.

“Biarpun belum pulih sepenuhnya tapi kami kuat. Allah ada dan kami kena terus berjuang. Saya bukan nak mencabar atau merendahkan mereka, namun saya nak tunjukkan, Allah berkuasa. Buatlah macam mana pun saya tetap akan sebarkan kebaikan.

“Kenapa perlu kacau kami sampai begini. Apapun yang mereka buat kami tidak akan membalas kembali. Sakit itu biarlah kami yang simpan tapi dalam realiti kami sangat gembira,” katanya ketika ditemui pada majlis Ainaa Beauty Annual Gala Dinner di Marriot Putrajaya, baru-baru ini

Dalam majlis yang diadakan sempena ulang tahun kelima Ainaa Beauty itu, pasangan ini meraikan kerja keras usahawannya sepanjang tahun 2021 dengan pelbagai hadiah lumayan termasuklah kereta, telefon bimbit dan beberapa set perhiasan emas.

Selain itu, produk kecantikan itu turut memperkenalkan wajah baharu rangkaian produknya dengan reka bentuk botol yang lebih moden dan inovatif.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: mStar

Be the first to comment on "Belum pulih p3nyakit m1steri, pasangan influencer trauma kena sih1r… Tak patah semangat mahu terus berbuat baik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*