Ibu Achey Meninggal Dunia, Sebak Dengar Berita ‘Pemergian’ Masa Pulang Dari Tempat Kerja

Kisah pemergian orang-orang tersayang adalah satu hal yang menyedihkan bagi kita semua, lebih-lebih lagi jika ia daripada kalangan ahli keluarga sendiri.

Malah lebih menyedihkan, jika berita k3m4tian itu adalah melibatkan ibu atau bapa kita sendiri. Sejurus mendengarnya, jiwa seolah-olah ‘direntap’ dengan sangat kuat.

Dalam masa sama, mereka ditakdirkan pergi m3ningg4lkan kita semua ketika waktu genting, iaitu pada hari-hari terakhir sebelum Aidilfitri tiba.

Begitulah seperti yang dialami pelawak terkenal, Achey yang tidak dapat menahan sebak apabila ibunya telah kembali pulang ke Rahmatullah pada malam tadi.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah meluahkan, ibunya pergi ketika dia sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, seperti video yang dikongsikan di Instagram miliknya.

 

Menerusi video yang dikongsikan, dia yang sedang menunggang motosikal terpaksa berhenti seketika gara-gara tidak dapat menahan sebak atas pemergian insan ‘syurganya’ itu.

Dalam video tersebut, sangat jelas kedengaran suara Achey yang cuba gigih melawan kesedihan dengan tangisan yang teresak-esak.

“YA ALLAH… PERMUDAHKAN perjalanan mak di sana,” tulisnya di ruangan kapsyen video tersebut.

Dalam ruangan yang sama, dia reda dengan dengan kepergian ibu tercinta di bulan yang mulia.

“Mak baik, mak pergi bulan yang baik.  MOGA MAK JALANI WAKTU YANG TERINDAH Al-Fatihah,” tulisnya lagi.

Para artis turut megucapkan takziah kepada Achey antaranya Didi Alias, Dato’ Ac, Pencetus Ummah Amin dan beberapa lagi artis lain di atas pemergian ibunya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: Instagram Achey

Be the first to comment on "Ibu Achey Meninggal Dunia, Sebak Dengar Berita ‘Pemergian’ Masa Pulang Dari Tempat Kerja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*