Tak sempat ucap terima kasih, bekas PA kena block Vida lepas buat pendedahan… Tak terlintas nak popular! – Hiburan | mStar

 

D!TUDUH sengaja mahu mencipta k0ntroversi dan meraih perhatian pengikut media sosial, bekas pembantu peribadi (PA) kepada usahawan Datuk Seri Vida iaitu Qush berkata, dirinya bukanlah seperti yang diperkatakan.

Qush atau nama sebenarnya Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar, 26, juga menegaskan dia tidak gila glamor kerana sudah mempunyai kelompok pengikut sendiri di media sosial. begituTambahnya, pendedahan tentang tidak lagi bekerja dengan Vida adalah untuk menjelaskan situasi sebenar.

“Dari dahulu lagi saya tidak pernah ada kontroversi dan tidak minat dengan cerita sensasi. Apa yang saya kongsikan adalah untuk memberi penjelasan tentang perkara sebenar.

“Tak perlu untuk meraih populariti kerana saya ada pengikut tersendiri di laman sosial,” katanya ketika dihubungi mStar.

Qush berkata demikian ketika ditanya tentang pendedahannya tidak lagi bekerja dengan Vida.

 

Qush tampil dalam MV Ku Ikhlaskan.

Malah dia memberitahu apa yang berlaku selama ini hanya lakonan dan tidak menerima sebarang surat perjanjian daripada usahawan sensasi itu.

Susulan itu, rata-rata netizen mengecam kedua-dua pihak dan menganggap mereka sengaja mencipta drama di laman sosial.

Berdepan banyak soalan, Qush memberitahu ia tidaklah memberi satu tekanan besar dan bersyukur kerana orang sekeliling masih memberi sokongan kepadanya.

“Apabila ada yang bertanya, saya akan jawab supaya orang faham situasi sebenar dan tidak lagi mengatakan saya PA kepada Vida selepas ini.

“Walau berdepan dengan kontroversi dan menjawab banyak soalan, saya tidaklah rasa tertekan. Saya jalani hidup seperti biasa dan senang apabila sudah jelaskan perkara sebenar.

“Saya bersyukur keluarga dan rakan-rakan sentiasa menyokong. Malah pengikut di media sosial juga sangat memahami,” jelasnya.

Sementara itu, apabila ditanya tentang usaha untuk memulihkan hubungan dengan Vida, kata Qush akaun media sosialnya telah disekat oleh wanita tersebut.

IMG_2926

Qush mahu jumpa Vida.

Dia bagaimanapun akan mengambil kesempatan bertemu Vida bagi mengucapkan terima kasih.

“Kalau dia sudah unf0ll0w saya di media sosial, bagaimana hendak berdamai? Saya tidak ada masalah dan tak mahu bergaduh dengan sesiapa.

“Mungkin satu hari nanti saya akan berjumpa sendiri Vida untuk mengucapkan terima kasih,” ujarnya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: mStar

Be the first to comment on "Tak sempat ucap terima kasih, bekas PA kena block Vida lepas buat pendedahan… Tak terlintas nak popular! – Hiburan | mStar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*