Selepas terpalit dicer4i tal4k satu, tular pula laporan polis terhadap Mak Wan Latah

KETIKA terpalit isu dicer4ikan tal4k satu selepas tiga bulan berkahwin, kini timbul pula episod baharu terhadap pelakon Mak Wan Latah apabila tular laporan polis terhadapnya kerana langgar kontrak.

Menurut laporan tular itu, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, didakwa telah melanggar perjanjian dan menipu sebuah syarikat pengeluar produk makanan iaitu Tishas Food Manufacturing sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM2,500.

Dia dikatakan telah bersetuju untuk terlibat dalam sebuah iklan syarikat tersebut namun tidak hadir ketika hari penggambaran atas alasan terkena jangkitan C0v!d-19.

Laporan bertarikh 8 April itu menyebut kedua-dua pihak telah menandatangi perjanjian kerja yang dibuat pada 30 Mac 2022 dan bayaran wang 50 peratus sebelum mula bekerja telah dibuat.

“Selepas perbincangan, pelakon tersebut telah bersetuju dengan semua syarat. Pada 30 Mac 2022 semasa di pejabat, pelakon itu telah menandatangi perjanjian kerja.

mak wan 2

Mak Wan didakwa menipu tidak hadir penggambaran.

“Pada 29 Mac pihak syarikat telah membuat bayaran 50 peratus secara atas talian. Pada 1 April pihak syarikat telah membuat pembayaran kali kedua,” tulis laporan tersebut.

Bagaimanapun ketika hari penggambaran iaitu 2 April lalu, Mak Wan memaklumkan dia terkena jangikitan Covid-19 dan menghantar bukti ujian saliva.

Pihak Tishah kemudian meminta supaya Mak Wan memulangkan semula wang perjanjian kerja tersebut namun tidak menerima sebarang bayaran sehingga tarikh laporan dibuat.

Sehingga sekarang pihak syarikat tidak menerima apa-apa bayaran dari pelakon itu

LAPORAN POLIS

“Sehingga sekarang pihak syarikat tidak menerima apa-apa bayaran dari pelakon itu.

“Pihak syarikat juga mendapat tahu dari bekas pembantu peribadi (PA) pelakon itu bahawa wang tersebut telah digunakan,” menurut laporan itu.

Dalam satu hantaran di laman Twitter atas nama Tuo Bunkle, pelakon tersebut dikatakan sengaja memberi alasan sedangkan dia sebenarnya terlibat dengan sebuah penggambaran lain.

“Dah tandatangan kontrak. Hari kejadian buat alasan kena C0v!d-19. Rupa-rupanya tengah shooting di negeri lain.

“Bila call block semua nombor,” seperti ditulis dalam laporan itu.

imgonline-com-ua-twotoone-VLYtPjL9mf (1)

Hantaran Twitter dakwan Mak Wan langgar kontrak.

mStar cuba menghubungi Mak Wan menerui panggilan telefon dan aplikasi Whatsapp namun tidak berjawab.

Untuk rekod, Mak Wan berkahwin dengan Husain Dolah pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.

Husain telah melefazkan cer4i pada 21 April dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber:mStar

Be the first to comment on "Selepas terpalit dicer4i tal4k satu, tular pula laporan polis terhadap Mak Wan Latah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*