Anak Maryam Duriankimchi Takut Bunyi Mercun Tapi Nak Tengok, “Kecik2 Dah Kelakor”

Pasangan suami isteri campuran dari Kelantan serta Korea dikenali Maryam dan Ryzal ini pernah mencetuskan satu fenomena beberapa tahun yang lalu. Kini pasangan Youtuber yang memiliki saluran mereka sendiri dengan nama Duriankimchi ini sudah pun menetap di Malaysia.

Setelah beberapa tahun berkahwin, pasangan Youtuber ini akhirnya menimang cahayamata pertama mereka. Cukup comel dan sudah tentunya si cilik ini turut mendapat perhatian umum.

Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan Ryzal bersama anak perempuannya ini telah tular di sosial media. Dalam rakaman tersebut kelihatan Ryzal sedang mendukung anaknya yang masih kecil.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila gelagat anak Maryam Duriankimchi yang takut dengan bunyi mercun tapi masih mahu tengok apa terjadi. Berikut adalah perkongsian rakaman tersebut yang telah dimuat naik menerusi akaun TikT0k dengan nama uyounik:

Comel sungguh gelagat anak Maryam Duriankimchi yang takut dengan bunyi mercun ini! Perkongsian rakaman tersebut telah meraih lebih 1.1 juta tontonan dan 111 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Takut ke teruja tu baby rina..Excited pun ada. Comel”

Anak maryam duriankimchi 2

“Bakpe comel dan lawak sangat baby Rina ni”

Anak maryam duriankimchi 5

“Takut tu perangai maknya. Nak tengok tu ikut bapaknya. So bergabung kepada anak takit tapi nak tengok”

Anak maryam duriankimchi 4

“Kelakor menurun mak dia juga”

Anak maryam duriankimchi 3

“Baby Rina ni kecik2 dah kelakor macam Mummy dan Daddy!”

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber:hcl

Be the first to comment on "Anak Maryam Duriankimchi Takut Bunyi Mercun Tapi Nak Tengok, “Kecik2 Dah Kelakor”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*