Video : Lelaki buka “Buah Silat” beIas4h pemandu Van sampai terbaring

Seorang pengguna jalan raya telah merakam satu insiden pergaduhan melibatkan pemandu Proton Saga dan van di PUJ 3, Taman Bukit Jalil yang dipercayai berlaku pada hari semalam.

Di dalam video yang berdurasi 21saat itu menunjukkan seorang lelaki memakai topi berdiri di sebelah tingkap dan memarahi pemandu van yang didakwa melanggar bahagian belakang Proton Saga miliknya. Tidak lama selepas itu, lelaki tersebut melepaskan beberapa tumbukan menerusi tingkap mengenai pemandu van tersebut.

Walaupun pemandu itu kelihatan tidak membalas semula serangan, lelaki bertopi itu membuka pintu van dan menarik keluar pemandu berkenaan dan terus membelasahnya dengan ‘buah silat’ sehingga terbaring di atas jalan tanpa menghiraukan kenderaan lain sedang lalu-lalang ketika itu.

Sejurus pemandu van terbaring kesakitan, penyerang terbabit segera masuk ke dalam van tersebut untuk memberhentikannya daripada terus bergerak secara mengundur.

Rakaman video pendek yang tular itu telah meraih perhatian netizen dan ramai yang mempertikaikan tindakan lelaki bertopi itu. Menurut orang ramai, lelaki itu tidak sepatutnya memukul pemandu van itu begitu sekali walaupun mangsa didakwa bersalah dalam kejadian kemalangan berkenaan.

Netizen menegaskan bahawa pemandu Proton Saga dan van itu boleh sahaja berbincang dengan cara lebih baik dan berhemah untuk menyelesaikan insiden kemalangan di antara mereka berdua.

Tambah orang ramai lagi, tindakan lelaki bertopi terbabit boleh membahayakan pengguna jalan raya lain yang sedang lalu-lalang di laluan tersebut.

Pada masa sama, lelaki itu tidak sepatutnya menyalah gunakan ilmu mempertahankan diri dengan menyerang orang ataupun menindas pihak yang lebih lemah.

Sumber : thev0cket via pisangpanas

Perhatian! Pihak news.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page news.kini Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "Video : Lelaki buka “Buah Silat” beIas4h pemandu Van sampai terbaring"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*