Solat Jumaat PerIukan D0s PenggaI4k Di Selangor. Ini Penjelasan Menteri Agama

Taiping: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, pihaknya menghormati keputusan Kerajaan Selangor yang menetapkan hanya jemaah lengkap dua dos vaksin Covid-19 dan dos penggalak dibenar menunaikan solat Jumaat di masjid serta surau di negeri itu.

Beliau berkata, keputusan itu ditentukan Majlis Agama Islam Negeri dan bukan diarah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Penentuan hal ehwal agama semua ini milik Majlis Agama Islam Negeri, KKM tidak mengarahkan tetapi itu keputusan setiap negeri.

“Mesyuarat Kabinet baru-baru ini juga tidak mengeluarkan arahan… saya tidak boleh campur tangan dan kena hormat keputusan berkenaan kerana ia hak negeri itu,” katanya dalam sidang media pada Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Kawasan Bukit Gantang 2022 kepada 50 pelajar hari ini.

Idris berkata, pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di masjid sebelum ini juga berbeza antara negeri seperti pelaksanaan solat Jumaat yang terhad kepada 12 orang di Selangor manakala negeri lain membenarkan bilangan jemaah lebih ramai.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Hakimah Mohd Yusoff dalam kenyataan hari ini memaklumkan SOP itu hanya terpakai di Selangor manakala negeri lain masih seperti biasa dan tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Selasa lalu, Jabatan Agama Islam Selangor melalui surat pekeliling bertarikh 21 Februari lalu menetapkan syarat bahawa jemaah perlu lengkap dua dos vaksin serta menerima dos penggalak bagi menunaikan Solat Jumaat mulai 25 Februari.

Polis juga dilaporkan sedang menjalankan siasatan berhubung video tular berdurasi 29 saat yang memaparkan anggotanya menjalankan pemantauan SOP solat Jumaat di sebuah masjid di Puchong pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, video berdurasi 29 saat itu dimuat naik seorang pengguna media sosial semalam dengan kapsyen ‘Masuk Masjid Macam Pengganas Besar, Allah’.

Semakan polis mendapati video yang dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook itu berlaku pada kira-kira 1 tengah hari ketika anggota berpangkat Koperal menjalankan tugas rutin memantau SOP solat Jumaat dan SOP di kawasan pentadbiran Balai Polis Bukit Puchong.

Anggota itu turut memberi penerangan berkaitan SOP terbaharu Selangor bagi jemaah yang ingin menunaikan solat Jumaat di masjid atau surau.

Sumber : hm via ondeondepetang

Perhatian! Pihak news.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page news.kini Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "Solat Jumaat PerIukan D0s PenggaI4k Di Selangor. Ini Penjelasan Menteri Agama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*