14 bulan terlant4r s4kit, budak dihemp4p peti ais menin,ggal dunia

Selepas lebih setahun terlantar sakit akibat dihempap peti sejuk, kanak-kanak lelaki Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari disahkan meninggal dunia petang tadi.

Memetik laporan Sinar Harian, bapanya Mohd Bukhari Zainal Anuar berkata arwah yang berusia enam tahun menghembuskan nafas terakhir di sebuah hotel di Melaka ketika sedang menjalani rawatan saraf.

“Saya dan isteri membawa Muhammad Fawwaz ke sana sebagai ikhtiar rawatan untuk kesembuhannya. Tapi Allah lebih sayangkannya dan dia meninggal dunia di samping saya dan isteri,” katanya.

Menurut Mohd Bukhari, jenazah dibawa pulang ke rumah mentuanya di Kampung Gedung Lalang Ampangan, Seremban dan dijangka akan dikebumikan esok pagi.

Pada 12 Julai tahun lalu, peti sejuk setinggi kira-kira 1.8 meter itu dibeli bapanya untuk kegunaan perniagaan sebelum tumbang serta menghempap Allahyarham sehingga mengalami kecederaan parah.

sumbER: wowberita

Perhatian! Pihak news.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page news.kini Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "14 bulan terlant4r s4kit, budak dihemp4p peti ais menin,ggal dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*