“Cikgu tak ada h4k buat semua ini” – Ramp4s, b4ling dalam api! Tindakan guru bakar telefon bimbit pelajar dianggap keterlalu4n

PENGGUNAAN telefon bimbit dalam kalangan murid sekolah ada kebaikan dan keburukannya yang tersendiri.

Dari sudut positif, mereka boleh menggunakan peranti itu untuk tujuan pembelajaran dan komunikasi dengan ibu bapa, namun ada juga yang mengambil kesempatan sehingga berlaku penyebaran video porno dan sebagainya.

Sejak Ahad, kecoh satu rakaman menerusi aplikasi TikTok, laman sosial Twitter dan Facebook yang memaparkan tindakan guru wanita bertudung membakar telefon bimbit di perkarangan sebuah sekolah.

Dalam rakaman berdurasi 15 saat itu, dua guru wanita bergilir-gilir membaling beberapa buah telefon bimbit ke dalam tong besi yang sedang marak dengan api.

Turut kelihatan sekumpulan murid perempuan di kawasan itu, malah ada dalam kalangan mereka yang menjerit dan menangis apabila melihat telefon bimbit dilemparkan ke dalam api.

Kejadian itu dirakam pada waktu malam, dipercayai berlaku di sebuah sekolah asrama.

Antara komen netizen di aplikasi TikTok.

Sehingga kini, video yang dimuat naik menerusi TikTok Malaysian Update News itu meraih dua juta tontonan.

Bagaimanapun, lokasi sebenar kejadian masih menjadi teka-teki dalam kalangan netizen.

Ada yang dianggap ia berlaku di negara ini tak kurang juga yang mendakwa ia berlaku di negara Indonesia.

Selain TikTok, pelayar Twitter dan Facebook tempatan turut mengecam tindakan keras dua guru wanita itu yang dianggap kejam dan menyalahi undang-undang.

Semakan mStar mendapati ramai yang kurang setuju dengan tindakan guru-guru itu dan berharap pendekatan yang lebih harmoni boleh diambil dalam menangani penggunaan telefon bimbit di sekolah.

“Ini di Malaysia ke? Pertama sekali, gila ke bakar telefon macam tu? 100 peratus bahaya. Jangan sesekali bakar telefon anda.

“Kedua, cikgu tak ada hak untuk buat semua ini. Paling-paling pun cikgu boleh rampas dan pulangkan kemudian. Ini boleh dikira mencuri dah,” tulis @zazuhri di Twitter.

Ramai luah rasa tak setuju atas tindakan guru-guru tersebut.

“Rampas (telefon) masih boleh diterima. Kita boleh tuntut kemudian tapi bakar itu sangat keterlaluan.

“Terpaling cikgu. Atas alasan nak beri pengajaran. Pengajaran yang kau bagi kat anak-anak ini adalah dendam dan rasa tak puas hati.

“Tak boleh bayangkan yang keluarga kurang senang. Mak ayah susah payah kumpul duit belikan anak telefon untuk belajar, akhirnya macam ni,” tulis beberapa lagi netizen di Twitter.

sumber:MSTAR

Perhatian! Pihak news.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page news.kini Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "“Cikgu tak ada h4k buat semua ini” – Ramp4s, b4ling dalam api! Tindakan guru bakar telefon bimbit pelajar dianggap keterlalu4n"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*