Baik BetuI Suami Isteri Cina Ni. Buat Surau DIm Kdai Mudahkan Pengunjung MaII S0Iat..

SETIAP kali tiba waktu solat, kedai menjual permainan dan barangan bayi milik pasangan suami isteri berbangsa cina ini menjadi tumpuan tetapi bukan kerana hendak membeli barang sebaliknya menumpang solat.

Pemilik kedai tersebut, Lee Chee Win dan Yong Siew Ching berkata, surau itu dibina sejak 13 tahun lalu pada awalnya bagi memudahkan pekerjanya menunaikan solat tanpa perlu keluar ke surau atau masjid yang jaraknya lebih .

Ruang solat ini dibina sejak 13 tahun lalu.
Lee, 63, berkata, sejak itu juga surau tersebut mula menjadi tumpuan pelanggan dan pekerja pusat beli-belah itu yang ingin tumpang solat sebelum dia dan isterinya mengambil keputusan membukanya kepada orang ramai.

“Niat asal kerana ingin memudahkan pekerja saya solat tetapi tidak sangka pula surau itu mendapat perhatian bukan sahaja pekerja di pusat beli-belah ini tetapi pengunjung pusat beli-belah yang datang.

“Sudah tentu saya gembira surau yang kami buat itu boleh dimanfaatkan oleh lebih ramai orang dan bersyukur dapat membantu orang Islam solat apabila masuk waktu,” katanya yang menjalankan perniagaan di situ sejak tahun 2000.

Saya tidak pernah menerima kedatangan mereka untuk solat semasa menjalankan perniagaan kami.

YONG SIEW CHING

Lee memberitahu surau yang dibina itu asalnya adalah tempat memamerkan barang jualan, namun mengambil keputusan mengubahnya kepada dua bilik untuk menempatkan surau lelaki dan wanita.

Boleh memuatkan dua kepada tiga orang pada satu-satu masa, Lee memberitahu dia turut membina tempat mengambil wuduk selain meletakkan tirai mandi untuk menjaga aurat kaum wanita.

“Tiga tahun lalu saya buat pengubahsuaian pada lantai yang sebelum ini menggunakan karpet kepada jubin kerana lebih mudah dijaga dan diselenggarakan.

Tidak hanya ruang solat, pasangan ini turut membina tempat mengambil wuduk.

“Saya juga sediakan kelengkapan solat seperti sejadah, kain pelikat dan telekung bagi memudahkan pengunjung,” katanya.

Walaupun negara sedang dilanda p4ndem1k, Lee berkata, mereka tetap membuka surau itu namun menetapkan prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penul4ran wab4k.

Malah orang ramai yang menggunakan surau itu juga mengikut SOP, malah akan beratur menunggu giliran selain membawa kelengkapan solat sendiri.

Sementara itu, Yong, 52, pula memberitahu dia tidak pernah berasa terganggu apabila kedainya sering didatangi orang ramai yang ingin menggunakan surau berkenaan setiap kali masuk waktu solat.

Lee dan Yong bersama dua cucu angkat mereka.

Sebaliknya menganggap hidup bermasyarakat berbilang kaum dan agama perlu saling bantu-membantu serta bertolak ansur agar semua dapat hidup dalam harmoni.

“Saya tidak pernah menganggap kehadiran mereka untuk solat kerana mengganggu perniagaan kami. Jika ya, sejak awal kami tidak membuka surau itu untuk kegunaan awam.

“Apa yang kami lakukan ini adalah berasaskan rasa hormat dan ingin memudahkan orang beragama Islam menunaikan solat,” katanya.

Lee Chee Win dan Yong Siew Ching membuka perniagaan mereka di Kapital Pandan sejak tahun 2000.

Di sebalik kisah surau itu, Yong berkata, dia sebenarnya cakna tentang agama Islam memandangkan dia mempunyai seorang anak angkat berbangsa Melayu yang dikenali sebagai Nik Aliza Abdullah berusia 37 tahun.

Yong berkata, dia mengambil wanita berasal dari Terengganu itu sebagai anak angkat sejak 20 tahun lalu memandangkan anaknya itu tinggal sebatang kara di Kuala Lumpur.

“Nik Aliza pernah bekerja dengan saya ketika dia mula-mula datang ke Kuala Lumpur. Orangnya sangat baik dan saya berasa kasihan apabila melihatnya hidup sebatang kara di bandar besar ini.

Pasangan ini menjual pelbagai barangan mainan kanak-kanak, permainan video dan barangan bayi.

“Sejak itu saya mengambilnya sebagai anak angkat dan menjaganya sehingga dia kini sudah pun berkahwin dan mempunyai tiga cahaya mata,” katanya yang mempunyai tiga anak kandung.

Jelasnya lagi, sejak anak angkatnya itu hadir dalam hidup mereka sekeluarga, Nik Aliza banyak mengajarnya tentang agama Islam malah mereka sekeluarga turut berpuasa setiap kali tiba bulan Ramadan.

Malah tiga anak Nik Aliza juga dijaga olehnya dan tidak pernah menganggap cucunya sebagai orang luar.

Bersama anak angkat mereka Nik Aliza.

“Saya sayang mereka macam cucu sendiri malah mereka cukup rapat dengan kami sekeluarga… Ketiga-tiga mereka juga fasih berbahasa Mandarin dan Hakka.

“Tahun Baru Cina pun kami berkumpul bersama dan mereka cukup teruja dapat berjumpa dengan tiga lagi sepu mereka yang lain.

“Saya tidak pernah melihat perbezaan agama atau kaum sebagai masalah sebaliknya kasih sayang dan hormat menghormati sesama manusia itu jauh lebih penting,” katanya.

Sumber: mStar via tambahkeju

Perhatian! Pihak news.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page news.kini Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "Baik BetuI Suami Isteri Cina Ni. Buat Surau DIm Kdai Mudahkan Pengunjung MaII S0Iat.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*