Isteri ma,ut, suami par4h kereta terbaba$ rempvh penghadang jalan

KUANTAN – Seorang wanita maut selepas kereta mewah Mercedes Benz C300 dipandu suami terbabas melanggar penghalang jalan di Kilometer 222.9 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) arah timur di sini pada petang Jumaat.

Dalam kemalangan kira-kira jam 5.55 petang itu, mangsa, Roziah Abdullah, 44, yang tercampak keluar cedera parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Suaminya, Mohd Fadzli Abd Razak, 53, menunjukkan cedera di dada dan tangan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh@Mohamad Daud berkata, pasangan suami isteri dari Dungun, Terengganu itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur.

Menurutnya, apabila tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu pegawai eksekutif sebuah syarikat itu hilang kawalan ke kiri dan melanggar penghalang jalan.

“Hasil siasatan untuk mengesan kemalangan berlaku dalam keadaan kiaca hujan dan jalan agak licin.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat manakala pemandu yang cedera dihantar rawatan ke hospital sama,” katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Kamarulzaman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

sumber:wowberita

Perhatian! Pihak news.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page news.kini Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "Isteri ma,ut, suami par4h kereta terbaba$ rempvh penghadang jalan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*