“Gambar Gelap Macam Nikah Dalam Gua…”- Pengantin Sedih Hasil Kerja Jurugambar.

Bergelar raja sehari, sudah pasti pasangan pengantin mengimpikan majlis perkahwinan yang terbaik di mana semua momen indah dirakam untuk tatapan kelak. Namun, keterujaan pasangan pengantin ini bertukar satu mimpi ngeri yang mungkin tidak dapat dilupakan.

Jurugambar buat hal

Seperti perkongsian seorang wanita dari Terengganu ini menerusi TikTok, dia meluahkan rasa kecewa apabila hasil foto perkahwinannya dikatakan indah khabar daripada rupa. Semuanya berkualiti rendah dan gelap. Wanita ini mendakwa dia telah membayar RM1,000 kepada jurugambar berkenaan bagi pakej suntingan dan album foto.

Karya dan kualiti photographer dan videographer ketika majlis perkahwinan aku. Bila tanya dia kata hanya edit untuk album sahaja.

Pakej pelamin RM1k, photographer RM1k, videographer RM1k. Tu belum share videographer yang ini sama sedih. Saya tak pandai editing. Rasanya kena keluar modal lagi untuk upah orang edit.

Mengulas lebih lanjut, foto-foto yang dikongsi oleh jurugambar yang diupah dipercayai belum disunting dan wanita ini sempat menceritakan ketika kejadian jurugambar tersebut sudah meletakkan dua spotlight berdekatan pelamin.

Actually gambar yang saya terima semua raw (gambar yang belum disunting). Tak ada editing langsung. Gambar semua 500++ then untuk outdoor mostly gambar gelap.

Dah minta raw data tapi macam taknak bagi pula. Dia cakap nak edit dalam JPEG (format gambar) juga. Kalau nak bentuk lain pilih je sendiri, save sendiri.

Saya tanya lepas ini ada gambar edit tak? Dia cakap untuk album nanti dia edit. Semua gambar saya dapat tak edit. Outdoor mostly semua gelap macam itu. Takkan dalam 500 keping 20% gelap kan.

Bayar mahal-mahal hasil macam ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tidak berpuas hati dengan hasil yang diberikan oleh jurugambar berkenaan dan sempat memberikan nasihat kepada bakal pengantin di luar sana.

Sumber: Ainununana

Be the first to comment on "“Gambar Gelap Macam Nikah Dalam Gua…”- Pengantin Sedih Hasil Kerja Jurugambar."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*