Resepi Koci Leleh Tanpa Kukus Yang Mudah Dan Sedap. Confirm Layan.

RESEPI KOCI LELEH TANPA KUKUS

Resepi kuih koci kali ini agak berbeza cara masaknya dengan kuih koci kukus. Yang mana kuih koci akan dimasak sama seperti kuih buah Melaka dengan teknik merebus. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan Doh :
  • 1/2 paket tepung pulut
  • 1/2 cawan pulut hitam (diki$ar halus)
  • Air utk menguli doh secukupnya
Bahan inti :
  • Kelapa parut secukupnya (ambil bahagian putih sahaja)
  • Gula melaka
  • Gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan (disimpul)

*Masak semua bahan sehingga kering. Kemudian sejukkan. 

Bahan dadih santan :
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 sudu makan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Garam secukup rasa
  • Daun pisang secukupnya (dilayurkan terlebih dahulu)

*Satukan semua bahan kecuali daun pisang dan masak guna ap1 perlahan. Bila santan mula mendidih (meletup-letup) angkat dan ketepikan.

CARA PENYEDIAAN KOCI LELEH TANPA KUKUS :

▶️ Satukan tepung pulut dan pulut hitam yang telah diki$ar halus tadi.

▶️ Gaul rata uli sehingga menjadi doh yang lembut.

▶️ Bulat-bulatkan doh dan masukkan inti lakukan hingga habis adunan.

▶️ Didihkan air dan rebus doh seperti merebus doh buah melaka. Bila doh terapung angkat dan toskan airnya.

▶️ Kemudian, masukkan doh ke dalam bekas berisi dadih santan.

▶️ Ambil doh bersalut dadih santan dan bungkus menggunakan daun pisang dengan kemas.

▶️ Kuih koci pulut hitam sedia untuk din1kmati.

Mudahkan! Kuih koci ini tidak perlu dikukus kerana doh dan dadih santannya sudah siap dimasak dengan sempurna. Barulah kita tahu, kuih koci juga boleh dimasak rebus sama macam kuih buah Melaka. Menarikkan!

Lepas dah tahu resepi ni, pasti ramai yang ingin mencubanya dirumah. Rasa kuih ini juga agak unik, dimana manis inti kelapa akan diseimbangkan dengan rasa masin santan yang diperisakan dengan garam. Perfect!

Walaupun teknik memasak berbeza, tapi keenakkannya tetap sama. So, lepas ni takde pengukus pun masih boleh buat kuih koci lah kan. Semoga resepi kuih koci tanpa kukus ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Be the first to comment on "Resepi Koci Leleh Tanpa Kukus Yang Mudah Dan Sedap. Confirm Layan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*