Ini Cara Untuk Sediakan Spaghetti Ala Melayu. Sedap Sangat.

Semenjak makanan barat mula bertapak di Malaysia, spaghetti bolognese makin dikenali dan menjadi antara kegemaran ramai. Namun, tidak semua menyukai rasanya yang agak masam kerana bahan dan sos tomato yang digunakan.

Maklumlah, citarasa orang Melayu yang sudah terbiasa dengan masakan yang pedas dan masin-masin, agaknya sos bolognese yang asli memang tak sesuai. Tapi memang teringin nak cuba masakan barat yang terkenal ini, kan? Jangan risau! Jom baca perkongsian resepi spaghetti ala melayu oleh Nana Ismail.

Resepi Spaghetti Ala Melayu

Bahan-Bahan

  • 1/2 pek spaghetti
  • 8 tangkai cili kering
  • 1/2 sudu kecil pes tomyam (guna jenam4 ini untuk rasa tomyam yang lebih kaw)
  • 5 ulas bawang putih (dirac1k)
  • 1 biji bawang merah (dirac1k)
  • Isi ayam (dic1ncang)
  • Sos prego tomato
  • Lobak mer4h (dip0tong dadu)
  • Majerin untuk menum1s
  • Serbuk oregano (opti0nal)

Cara Penyediaan

  1. Rebu$kan spaghetti bersama minyak dan sedikit garam sehingga lembut. Toskan airnya dan ketepikan.
  2. Cairkan marjerin dan masukkan bawang mer4h dan bawang putih. Tumi$ sehingga naik bau.
  3. Tuangkan cili ki$ar. Tumis sehingga pec4h minyak dan masukkan sedikit gula.
  4. Masukkan sos prego dan air bilasan 1 tin prego tersebut ke dalam kuali.v
  5. Masukkan lobak merah dan isi ayam. Gaul sehingga sebati.
  6. Masukkan 1/2 sudu kecil pes tomyam dan sedikit serbuk oregano.
  7. Biarkan kuah memek4t dan sedia untuk dihidang.

Memang mudah sahaja resepi ini, kan? Penambahan bahan cili kering dan pes tomyam akan menjadikan spaghetti ini sedikit pedas dan sesuai dengan citarasa orang kita. Tapi jangan risau, masih ada lagi sedikit rasa asli sos bolognese pada resepi ini.

Selamat mencuba spaghetti ala melayu ini. Mudah dan sedap!

 

Sumber: Daily Makan

Be the first to comment on "Ini Cara Untuk Sediakan Spaghetti Ala Melayu. Sedap Sangat."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*