Resepi Agar-agar Santan Lumut, Sedap Tak Terkata.

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN LUMUT

Agar-agar lumut tak semestinya dimasak dengan daun pandan sahaja, ada juga resepi agar-agar lumut gula merah. Cara yang sama cuma tukarkan air pandan dengan gula merah sahaja.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 20g agar-agar tali @ serbuk agar-agar 11gm
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula
  • Sedikit gula batu
  • 1 biji telur gred A
  • 1 kotak santan kara 200ml + 1 cawan air jadikan 2 cawan santan
  • 1 cawan jus pandan ( blend 4 – 5 helai daun pandan dengan 1 cawan air ) tapiskan
  • Pewarna hijau epal
  • Sedikit esen vanilla
  • Sedikit garam

CARA-CARA PENYEDIAAN AGAR-AGAR SANTAN LUMUT :

▶️ Mula-mula masak agar-agar bersama air hingga larut agar-agar, masukkan gula dan kacau-kacau rata

▶️ Tuang jus pandan, tak nak bagi nampak pucat boleh tambah sedikit  pewarna hijau epal dan kacau-kacau rata.

▶️ Selepas itu, pecah telur dalam santan dan kacau-kacau sebati (guna whisk)

▶️ Kemudian, tuang terus dalam periuk agar-agar tadi dan masukkan sedikit esen vanilla & sedikit garam. kacau seketika dengan api besar.

▶️ Biarkan agar-agar tu masak mendidih membuak sampai permukaan periuk, tutup api dan kacau seketika.

▶️ Akhir sekali, tuang dalam loyang 8×8, biarkan beku/sejuk, nanti akan terbentuk menjadi 2 lapisan

▶️ Simpan dalam peti sejuk 1 – 2 jam dan boleh potong ikut suka

 

 

 

Walaupun nama agar-agar santan lumut tetapi rasanya bila dikeluarkan dari peti ais memang sangat sedap. Boleh dikatakan makanan penyejuk tekak pada musim-musim panas.
Setiap suapan agar-agar lumut pasti akan mengimbas nostalgia zaman dulu-dulu. Teringat nenek yang selalu buat agar-agar lumut untuk makan pada waktu petang. Ibu-ibu mesti dah tak sabar nak cuba buat agar-agar santan lumut ni kan?  Yang tanya sedap ke tak tu kena cuba dahulu resepi ni, gerenti buat sekali hari lain nak lagi. Selamat mencuba!

 

Sumber: Daily Masak

Be the first to comment on "Resepi Agar-agar Santan Lumut, Sedap Tak Terkata."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*