Resepi popia pisang yang mudah dan sedap
Walau bagaimanapun, makanan ini menjadi terkenal apabila seorang peniaga dari negeri Terengganu mula mengetengahkannya. Tidak sangka ia mendapat sambutan masyarakat kita sehingga ada yang sanggup melancong ke bahagian pantai timur untuk mencuba popis.
Memandangkan seluruh ahli keluarga dinasihatkan untuk duduk di rumah dan tidak keluar sekiranya tiada urusan penting, apa kata ibu-ibu cuba resepi viral ini supaya nanti tidaklah ketinggalan.
Anak-anak yang sedang membesar juga pasti akan menyukainya kerana rasa manis pisang, kerangupan dari kul1t popia dantopping yang pelbagai. Jadi tidaklah perlu untuk anda membeli kerana makanan ini boleh disimpan di dalam peti sejuk.
Bahan-bahan
- Kul1t popia
- Serbuk oreo
- Pisang
- Susu pekat (untuk topping cheese)
- Bancuhan air tepung gandum bagi lekatkan kul1t popia
- Saduran coklat atau nutella
- Cornflakes
- Nestum
- Cheddar cheese
Cara penyediaan
#1. Belah sebiji pisang menjadi dua bahagian.
#2. Kemudian ambil sekeping kul1t popia dan letakkan pisang di tengah-tengah.
#3. Balutkan pisang dengan kul1t popia.
#4. Letakkan sedikit bancuhan air tepung gandum bagi lekatkannya.
#5. Gulung mengikut jumlah yang anda inginkan.
#6. Panaskan minyak dan goreng sehingga ia bertukar keper4ng-per4ngan
#7. Letakkan saduran coklat atau nutella
#8. Kemudian taburkan topping mengikut citarasa masing-masing. Boleh guna oreo, nestum, keju, cornflakes dan lain-lain. Selamat mencuba!
Sumber: Daily Makan, Indtimes
Be the first to comment on "Resepi Popia Pisang Rangup. Topping Coklat & Oreo Untuk Minum Petang!"