“Memang Suara Tak Berapa Bagus, Tapi Saya Ada Telinga,” – Tahu Beza Baik Burvk, Ini Respon Elly Mazlein

Sinonim dengan personaliti yang sempoi dan bersahaja, pemilihan penyanyi dan hos, Elly Mazlein sebagai Presiden Netizen dalam saingan minggu keempat Big Stage 2020 malam tadi nyata mendapat pujian penonton.

Mewakili suara orang ramai di laman sosial untuk berkongsi apa sahaja hal berkaitan Big Stage 2020 elemen hum0r dan sp0ntan yang diterap penyanyi Merry Go Round ini cukup menghiburkan. 

Malah, rata-rata peminat turut memuji penyanyi yang mesra disapa Kak Lina itu selain turut meminta agar dirinya terus diundang sebagai Presiden Netizen minggu seterusnya.

View this post on Instagram

Sedangggg . Ada nak pesan apa2 utk Abg Ajai ? 🤣🤣🤣🤣 . #bigstage

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein) on

Sementara itu, Elly pada sidang media sejurus selesai konsert mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro atas kepercayaan selain mengakui, sebagai penyanyi senior, dia sekurang-kurangnya tahu membezakan sesebuah nyanyian.

“Saya enjoy… Memang suara saya tidak berapa bagus sangat, tetapi saya ada telinga.

“Saya tahu mana yang okay dan sebaliknya,” katanya.

Terdahulu, anak kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah, Yamani Abdillah diumumkan sebagai peserta ketiga yang ters1ngkir di dalam program nyayian realiti dengan markah terkumpul sebanyak 62 peratus.

 

Sumber: mh

Be the first to comment on "“Memang Suara Tak Berapa Bagus, Tapi Saya Ada Telinga,” – Tahu Beza Baik Burvk, Ini Respon Elly Mazlein"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*