“Dia Perlu Cari ldentiti Tersendiri“ – Walaupun Tersingkir, Jamal Abdillah Bangga Dengan Persembahan Yamani

Datuk Jamal Abdillah meluahkan rasa bangga apabila melihat anaknya, Yamani Abdillah berjaya bertahan sehingga konsert keempat sebelum namanya diumumkan ters1ngkir pada konsert Big Stage 2020 (BS2020) sebentar tadi”post”>

Menurut Jamal, dia menasihati Yamani untuk mencari identiti tersendiri kerana orang ramai masih membandingkan persembahan anaknya itu dengan gaya nyanyiannya. 

“Dia perlu mencari identiti tersendiri dan genre yang sesuai dengan dia, sesuatu yang sesuai dengan umur dia. 

“Kalau dia ikut genre yang saya nyanyikan, orang tetap akan bandingkan sebab kayu pengukur dah ada depan mata,” ulas Jamal. 

Jamal ditemui ketika hadir menyaksikan persembahan Yamani yang membawakan lagu Mimpi Laila nyanyian asal Yassin Sulaiman pada konsert keempat BS2020. 

Bagi Yamani, dia tidak berpuas hati dengan persembahannya namun sudah bersedia apabila langkahnya dalam pertandingan BS2020 terhenti di konsert keempat. 

“Pitching saya lari tadi sebab saya terlalu kawal diri daripada em0si apabila kawan kami, Sandra Dianne terlibat dalam kemaIangan. 

“Tapi saya tidak menyalahkan keadaan tersebut, saya akui salah dan cuba memeriahkan diri sendiri atas pentas sampai saya sendiri terlari pitching. 

“Saya dah cuba mencari identiti tersendiri cuma gaya nyanyian dari kecil sampai besar memang macam ni, orang tetap kaitkan selagi nama saya Yamani Abdillah. Lepas ni saya nak cuba tak gunakan nama Abdillah dan hanya guna nama Yamani sahaja,” jelasnya lagi. 

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Dia Perlu Cari ldentiti Tersendiri“ – Walaupun Tersingkir, Jamal Abdillah Bangga Dengan Persembahan Yamani"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*