D4kwaan Lori Tangki Air Datang Untuk Penuhkan Kolam Renang, Ini Penjelasan Isteri MB Selangor

SHAH ALAM – Isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad memohon maaf berhubung tindakannya memuat naik beberapa keping gambar yang did4kwa menggur1s hati rakyat ketika berdepan 1su ganggvan bekalan air di negeri ini.

Gambar lori tangki air Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berada di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor dan ahli keluarganya mandi di kolam renang di kediaman terbabit tuIar di media sosial sejak semalam.

Masdiana mengakui kekh1lafan memuat naik gambar tersebut yang men1mbulkan banyak tafsiran tetapi menaf1kan d4kwaan bahawa lori tangki dihantar untuk memenuhkan kolam renang di kediaman rasmi itu.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera…Saya menyedari kekh1lafan di pihak saya memuat naik gambar tersebut yang men1mbulkan banyak tafsiran.

“Sebagai seorang ibu saya cuma ingin menyampaikan rasa berterima kasih kepada petugas barisan hadapan Air Selangor yang bertungkus lumus sejak beberapa hari lepas, bukannya niat untuk bermegah-megah.

“Saya memohon maaf sekiranya tindakan tersebut mendatangkan sebarang bentuk saIah tafsir dan menggur1s perasaan mana-mana pihak,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.

Menurutnya, beliau akan bersama petugas barisan hadapan Air Selangor untuk membantu penduduk di kawasan yang belum menerima bekalan air terutama golongan ibu dan warga emas

Isteri MB Selangor ucap terima kasih kepada Air Selangor, lori air datang hingga ke rumah

Sebelum ini Isteri kepada Menteri Besar Selangor, Masdiana Muhamad hari ini mengucapkan terima kasih kepada syarikat Air Selangor kerana telah menghantar lori air hingga ke rumahnya.

Ini berikutan terputusnya bekalan air di beberapa kawasan di Selangor berikutan pencem4ran air hingga menyebabkan beberapa l0ji pembersihan air terpaksa dihentikan operasi

“Terima kasih Air Selangor kerana menghantar air, saya memahami anda adalah frontliner ketika ini, semoga Allah merahm4ti khidmat kalian.” ujarnya di Instagram.

Menurut berita, bekalan air akan terpvtus sekurang-kurangnya lagi empat hari.

Lain pula apa yang dialami oleh jutaan penduduk di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur kerana mereka terp4ksa keluar menadah air di tepi-tepi jalan kerana tiada lori air yang dihantar ke kawasan rumah mereka.

Banyak advan telah dibuat kerana masih banyak tempat yang tidak didatangi oleh lori air.

Posting instagram Masdiana juga telah tuIar di twitter dan mendapat banyak reaksi dari netizen.

“Untunglah bekalan air hantar sampai depan rumah MB Selangor Face with tears of joy . Tak payah susah2 nak bawa baldi/bekas berkumpul 1 tempat tunggu air.” -Ayep

“Tersangatlah untung siapa si p0lan tu ya.. kita ni punyalah penat tunggu kedatagan tanker air dah lah tu seks4 nak angkat bekas air bawak balik rumah tapi ada si p0lan tu tanker air sampai depan rumah. Senang hidup memag beruntung sungguh.” -Rafidah Jalil

 

Sumber: KL Press

 

Be the first to comment on "D4kwaan Lori Tangki Air Datang Untuk Penuhkan Kolam Renang, Ini Penjelasan Isteri MB Selangor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*