“Tidak Ada Kena Mengena Dengan Keraj4an, PoIitik…,” – Isu Pusat Tahfiz Miliknya Dirob0h, Aaron Aziz Tampil Perjelas HaI Sebenar

Selepas memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan satu bangunan dipercayai pusat tahfiz miliknya yang telah dirob0hkan, Datuk Aaron Aziz tampil menjelaskan situasi sebenar.

Tidak mahu sebarang spekuIasi yang tidak betul diperbesarkan, bintang asal Singapura ini ada berkongsi satu potongan video di Instagram berkaitan hal yang telah berlaku pada institusi yang terletak di Langkawi itu.

Jelas Aaron dia tidak menyalahkan mana-mana pihak dan ia tidak mempunyai kaitan dengan p0litik atau perm1t.

“Saya perlu buat video ini, berkenaan dengan pusat tahfiz saya. Tolong kepada netizen yang buat andaian sendiri, jangan buat spekuIasi.

“Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak, sebab itulah saya kata ia di luar kawalan dan tidak boleh berbuat apa-apa.

“Benda itu sudah pun berlaku. Kalau mungkin ada yang mungkin patut disalahkan pun, sayalah. Saya salah… Tidak periksa betul-betul atau apa.

“Tapi tidak mengapa, tiada masalah. Benda itu bukanlah teruk mana pun. Kenapa saya kongsi ia, sebab saya harus umumkan hal tersebut.

“Kalau saya saya bina sekali lagi, para penderma akan tanya, kenapa kena bina lagi. Jadi saya cuma nak beritahu saja. Bukan nak salahkan mana-mana pihak.

“Tidak ada kena mengena dengan kerajaan, p0litik, atau lesen serta perm1t. It just happend to be like that. Saya pun tak nak cerita banyak dan orang lain buat doa dengan membuat andaian sendiri sehingga timbulnya f1tnah.

“Tolong jangan spekuIasi apa-apa. Benda ni dah selesai pun dan kita akan bina semula, insya-Allah,” katanya.

Pelakon filem P1sau Cukvr ini juga turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan ramai dan mendoakan agar semuanya dipermudahkan.

“Terima kasih semua, rakan wartawan yang nak ambil tahu saya tak boleh cakap banyak. Terima kasih atas keprihatinan. Doakan pihak kami dipermudahkan segala urusan.

“Jangan kita rum1tkan keadaan lagi. Tiada siapa yang harus dipersalahkan. Kalau nak salahkan siapa-siapa, salah saya,” katanya panjang lebar.

View this post on Instagram

Kasihan Tahfiz saya di Langkawi dirobohkan….Semoga ALLAH permudahkan segala urusan di sana. Asrama anak anak semua harus dibina semula. @journey_to_insyirah (pls Jangan tanya kenapa. Anggap benda yg tak dapat kami kawal. Beyond my control) 😞

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Tidak Ada Kena Mengena Dengan Keraj4an, PoIitik…,” – Isu Pusat Tahfiz Miliknya Dirob0h, Aaron Aziz Tampil Perjelas HaI Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*